Saturday, July 31, 2010

CREO'10 part 2

23.30pm 31/7/10 saturday

Assalamualaikum

So, aku baru balik dari meeting, sal program ne
Seriously, tak sabar nak pergi^^
btw, kitaorang postponed tarikh berlepas sebab time tue ada exam...
dorang cakap jadual baru, so takkan nak pergi masa exam...
tak logik^^
basically meeting sal penajaan, so many confusion
besala da lama tak kerja penajaan
da boleh gerak, call orang sana call orang sini
hahaha...RM5000
big amount deshou???
tapi bayar tambang flight+hostel=RM2800
selebihnya boleh wat shopping^^
yang menjadi masalahnya, kat sana mahal, then makanan ditanggung sendirian berhad
kerana dorang cakap agent sediakan makanan yang kita tak lalu nak makan
baik cari sendiri^^
and no shopping, sebab gi sana wat research....tue yang lec penasihat cakap(!_!)
*betulkan niat!!!!*
so aku kena cari banyak2 gler,supaya boleh rasa segala makanan kat sanaXDD
wish me luck kay^^
hopefully dapat tajaan banyak

yosha!!!!!gambarimasu^^
(alright, i will work hard)

jya~~~

Tuesday, July 27, 2010

CREO'10

15.19pm 27/7/10 tuesday

Assalamualaikum

CREO'10, stands for Chemistry Research Experience in Osaka 2010
Malam semalam, aku ada group discussion bincang pasal Harvard Business Case Study berkaitan Starbuck...tapi malangnya bukan bincang pasal kes study, tapi bercakap pasal hal2 yang berkaitan dengan UTM...hehe^^....bila da duduk ramai2, mestila mcm2 yang kuarXDD
Tiba-tiba kawan aku dari kelas SSA(bachelor of Pure chemistry) offer pada kami berempat dari SSC(bachelor of Industrial Chemistry) sal program ne.
apa yang menarik???
1)CREO'10 nie program anjuran Fakulti Sains bawah program GOP(Global Outreach Program) yang baru diperkenalkan oleh UTM untuk membentuk students supaya lebih berkeyakinan, berketerampilan dan bla bla bla...
2)buat dekat OSAKA, JEPUN which aku nak sangat pergi sana....sangat2....dan ini peluang aku untuk pergi sana dengan kos yang rendah...sebabnya, UTM ada sponsor sedikit, tapi still aku kena cari sponsor RM5k dalam masa 2 bulan ini sahaja....
3)Program ne akan memdedahkan kami dengan cara2 penyelidikan oleh penyelidik2 dari Universiti Osaka, dan kami akan berinteraksi dengan students U di sana....uwaa......bestnya....

so smalam, lepas kawan aku abes promote program tue, aku terus menyatakan persetujuan ku...MACAM MIMPI pulak!!!!aku memang betul2 nak pergi, so this is the only chance.

BUT....ada BUT ne, setiap 20 orang students yang pergi kena cari penajaan . setiap sorang kena kutip RM 5k untuk program ne....mcm mana aku nak cari ne????aku tader idea....
tapi, aku akan cuba menyelesaikan masalah ini dan cuba dapat RM5k dalam masa yang ditetapkan....para pembaca sekalian, pray for me kay...so that i can be thereXDDD
ini mcm mimpi jadi kenyataanXDD

dan sebab program ini, aku tak boleh tidur semalam...aku rasa dekat pukul 3 pagi lebih kowt baru lena, kelas start pukul 8 pagi, imagine that....
nak wat mcm mana, excitednya hanya Allah sahaja yang tahu....especially mama, abah and supervisor PSM aku bagi green light. Alhamdulillah.
ingatkan tadi nak lelap, tapi otak ne ligat berfikir, sape yang aku boleh minta sponsor. so sekarang aku menulis, dalam keadaan yang mengantuk, tapi tak boleh tidur....

sore ja~~

p/s: ada sape2 nak bagi sponsor kat ambe???RM100 pown da OK^^

Friday, July 23, 2010

Syukur=D

18.46pm 23/7/10 Friday

Assalamualaikum

Petang tadi, mama called aku..around 2 ptg
Mama cakap, adik aku Angoh@Bengoh^^
dapat tawaran wat diploma kat UTM
wat Sains Komputer, 3 tahun kat UTM KL
Alhamdulillah=D
Akhirnya impian adik aku nak masuk U pown tercapai
pulak tue dia wat kat UTM
aku jadi senpai dia
*senpai=senior*
^^
cho ureshi*sangat gembira*
and and masa petang tadi aku called mama
coz adik aku nak kompemkan ngan ayah aku dulu, bole tak dia blajar kat UTM
dorang bagi green light!
yela, hari tue dia dapat tawaran kat Unisel, tapi tak bole pergi
coz tue IPTS
paham2la IPTS, blanja tinggi
belum tentu senang bila kerja
at least IPTA, orang taw blanja tak tinggi
blajar sungguh2 senang nak further study, especially ke UTM

back to my point, masa aku tepon mama
lepas da dapat green light
mama cakap dia lulus PTK
*lupa plak PTK stands untuk ape^^!
Alhamdulillah
dalam masa seminggu ne, rezeki mencurah2
aku pown dapat taw, mama n abah dapat surat tawaran
dorang dimasukkan sebagai standby wat haji musim ne
Alhamdulillah
InsyaAllah, kalu musim ne tak pergi, musim depan jika ada rezeki, kesihatan
boleh pergi
tapi aku berharap mama dan abah g musim ne
coz masa raya haji aku ada final exam
kalu dorang pergi, rasanya aku tak balik rumah kowt
well depends
InsyaAllah ada rezeki tak ke mana

p/s:baru beli external harddisk 320Gb, RM 205 kat PC fair di UTM
fuh...abes RM400 sehari....haila....boros2....

Thursday, July 15, 2010

sedang menahan perasaan

22.13pm 15/7/10 thursday

Assalamualaikum....

sekarang, saya sedang menahan perasaan marah
kenapa saya menggunakan perkataan *saya*??
kerana jangan disimbah minyak ke atas api yang marak

saya baru sahaja sedang lingering around facebook
besala, sekali sehari sahaja buka fb, dan tak ambil masa yang lama untuk berada dalam komuniti fb
kerana saya tak suka berada lama2 dalam fb
hanya membaca sebarang pengumuman yang dibuat

dan saya ternampak adik saya nyer post(Fathi)
adik saya selepas saya*kalu da namanya adik, mesti lahir lepas saya kan???*
whatever
dia ada post

jepun / mandarin / arabic.... mna y sng???

so bila nampak perkataan jepun, saya pown excitedla
almaklumla, bila berangan nak ke sana

dan keputusan adik saya, dia kata ambil bahasa jepun
ok it is a great news!!!
demo.....(but)
adala hamba2 Allah ne, dia comment something yang aku rasa its a bit rude
bagi aku itu bukan cara comment/bagi cadangan yang betul
mcm memaksa seseorang ikut cadangan/nasihat dia
memang tak dinafikan comment yg diberikan betul
tetapi tak kena pada caranya
bila saya baca, saya rasa mcm nak meletup!!!
kerana saya merasakan ianya terlampau
*jantung saya berdegup pantas-ia tak bagus untuk kesihatan*

di bawah ini comment yang saya copy dari fb
well, ia terpulang kepada individu
kalu setuju dengan saya, saya tak kisah
kalau tak setuju, saya lagi tak kisah

first comment yang saya rasa .... : ambk arab la... bhasa al quran... apo la mg thi...(thi ni nickname adik saya)

second comment yang buat saya rasa berapi : ambik la arab.. spe lgi nk bljr klau bkan org Islam sndri...
time tue saya pk, begini ke sepatutnya kita bagi cadangan???bagi depa, maybe tue besa, tapi bagi saya yang ada comment di dalam, dan beria2 cakap tak kesah kalu ambil bhs jepun pown, saya sedikit terasa....maybe saya ne bukan manusia atau hamba Allah yang baik, saya tahu, dan saya juga bukan seperti mak2 @ bapa2 sedara saya yang warak lagi dihormati serta sepupu2 yang sangat saya hormati atas ketinggian ilmunya, tapi salahkah jika seseorang itu mempelajari bahasa lain selain bahasa Arab? salahkah? memang tak dinafikan bahasa arab bahasa al-quran, malah saya sangat kagum dengan sedara mara saya yang ambil bahasa arab, malah saya juga ada adik yang belajar di sekolah arab, tapi salahkah saya meminati bahasa jepun atau bahasa lain? salahkah adik saya ingin mencuba sesuatu yang lain? perasaan saya sekarang, seperti menahan empangan yang tunggu masa aje, bila saya pk adik saya seperti di'blame' kerana dia tidak mengambil bahasa arab.
jika diikutkan perasaan saya, mahu sahaja saya meng'sound' orang yang comment seperti ini. tapi apa faedahnya.

so saya yang seperti gunung berapi hampir meletup pown membalas : the thing is, you do what you think you want to do, and what you can do...opinion is still an opinion, and its you who decide your decision...we support you=D
tapi buku bhs jepun jaga baik2, nanti bwk balik masa raya....bole blajarXDDD

saya da tidak peduli grammar tertunggang-terbalik, yang pasti bila saya nak marah, saya akan terspeaking...cara ini buat saya beradab dalam berkata2...kerana saya translate dahulu apa yang saya nak cakapkan...so ia akan ambil masa...huhuhuhu....

dan ini apa yang adik saya reply : camni r... ak bljr dua2... but right on ak nk focus skit lam japun ni...(rasa mcm adik saya dipaksa, dan saya rasa kesian padanya, walaupun dia tak minta pown)

ahhh...saya pernah pk, orang melayu suka ikut orang lain....tak suka nampak berbeza...bila sedikit berbeza, orang akan bercakap2, dan mereka akan tinggalkan orang yang berbeza, tapi tak penat ke....seperti tiada identiti....i mean, ia bukan you yourself...thats what i experience...a lot...susah...saya pown da tataw nak buat mcm mana...
saya sendiri rasa mcm saya tak tahu, mcm mana diri saya sebenarnya....ntahla....mls nak pk
*tetiba out of topic*

sedikit terkesan dengan kejadian di atas.....rasa mcm tader mood dan segalanya

p/s : maaf jika tersalah bahasa, tersalah cadangan/opinion or what-so-ever.....perlu luahkannya jugak!!!

Tuesday, July 13, 2010

kuliah dah pown bermula...

20.18 pm 13/7/10 tuesday

Assalamualaikum...

yosha...da dua hari kelas start...
this sem 16 jam kredit, plus 2 jam kredit for PSM(projek sarjana muda)
so ne subject yang aku amik sem ne

-Kimia alam sekitar(3 jam kredit)
-Sains forensik(3 jam kredit)
-Kimia permukaan & koloid(3 jam kredit)
-Penggunaan komputer dalam kimia(3 jam kredit)
-English for workplace communication(2 jam kredit)
-Projek sarjana muda 1(2 jam kredit)

total credit : 16

mostly, tak sibuk sangat berbanding sem2 yang lepas
PSM pown 2 jam kredit sahaja
tapi masa ini la yg digunakan nak wat proposal, reference, methodology, etc
dalam excited takut jugak nak wat PSM

dakara gambarimasu

sore ja~

Sunday, July 11, 2010

campus sweet campus

16.37 pm 11/7/10 sunday

Assalamualaikum

da lama tak update blog, lepas bace chiq n kak eeffah nyer blog, baru rasa nak mengupdate..

malas...bila start menulis, panjang plak rasanya...

so skarang, da sampai campus...bertolak malam jumaat, sampai sabtu pagi
kiranya hari ne sesi merehatkan diri
10 jam perjalanan dalam bas
dahla dok tepi lelaki, nak mintak tukar seat, semua org mcm da lena sangat
so terpaksa control duduk, takut jugak lelaki tak dikenali, ntah apa yg jadi
tapi alhamdulillah, lelaki yg duduk tepi aku wat derk, org utm gak
and lam kepala ne da pk nak guna jurus apa in case berlaku something yg tak enak

benda ne da dua kali berlaku, walaupun aku guna bas KKKL
bukan tak nak naik Trans, tapi aku ada banyak pengalaman buruk ngan Trans
so aku tukar naik KKKL
dan skarang ne KKKL bikin aku pening
pernah skali, aku beli tiket single seat
pastu bila naik, nombor seat bertukar
dari single seat jadi double seat, pulak tue tepi lelaki...haish
kali ne plak, abah da reserve awal tiket untuk aku...
da cakap nak seat single, bila masa nak ambil tiket
dapat seat double gak....haila...pening aku ngan orang bas ne

smalam sampai, amik kunci, kolej plak tetiba kata nak dapat kunci bilik kena beli majalah kolej
aikk????masa bila aku order...suke ati la nak beli ke tak...paksa gitu plak
bila aku tanya kenapa, jawapan nya arahan pengetua...haila...
beli la jugak, tapi majalahnya tak dapat pown...
mls layan, wat sakit kepala...
petang, gi ngangkut barang kat stor....jauh plak tue...
nasib baik ada kawan2 yang sudi tolong ngangkutkan
terima kasih kepada teman2 yang membantu
kalu tak, patah kowt tulang blakang...berat bukan main...bukan satu barang, tapi 6 barang yang berat2 aje...tue pown separuh aku da eksport kat abah...hihihi....

petang tadi, g beli barang, kat Jusco...banyak gak aku membeli...tapi semuanya keperluan, bukan kehendak
ops...silap, ada kehendak sedikit...mcm er....
aku ngah pusing JJ bila ada offer kasut 2 pasang rm 40...hihihi....
aku memang tengah cari sandle and kasut, so aku masukla...
so apa lagi, beli la, sepasang kasut dan sepasang sandle, RM40
^^
tapi memang aku perlukan kasut ngan sandle sebab yg lama semua da putus....

bila pk belanja hari ne, aku teringat Rebecca Bloomswood lam novel "confession of a shopaholic"
novel ne aku pinjam ngan chiq-dan terlupa nak anta balik
p/s kpd chiq : nanti kakak anta yuk!!!lupa nak bagi ritue...
makin lama aku rasa aku makin resemble Rebecca, sebab dia ni gler shopping
semua barang kat shopping mall, dia rasa penting lam hidup dia
sedangkan tue perasaan je kowt
mcm aku gak la kowt, benda tak penting pown aku rasa penting....so end up membeli banyak
hihihi...sekarang dalam proses belajar berjimat...nak simpan duit untuk fly ke sana!!!!

so serba sedikit kehidupan baru di UTM
kalu aku rajin, aku akan mengupdate la....
jya ne~~~