Tuesday, August 31, 2010

artikel fb #3- kuku & pemakaian cincin

23.58pm 31/8/10 Tuesday

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

artikel fb #2-dari wanita untuk lelaki

23.55pm 31/8/10 Tuesday

Assalamualaikum


skarang aku nak share artikel fb yg ke-2

douzo....

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

p/s:renung2kn dan slamat beramal

btw, hepi independence day^^smoga Malaysia terus maju dan makmurXD

Friday, August 27, 2010

article fb #1-mandi junub

0023 27/8/10 Friday

Assalamualaikum....

i found this article from fb....so take time 2 read disz....i copied n pasted it directly from the owner....
if u spotted any mistakes or whatever, do tell me kay...
jya~douzo(silakan)

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

actually, dari start pose, aku baca banyak artikel dari fb....semuanya untuk tujuan kesedaran...tapi hari ne baru tergerak hati nak share....so InsyaAllah, aku akan cuba postkn artikel yg aku baca dari fb lam blog...
jika ada fakta yg meragukan dari artikel2 ne-coz aku tak x brape mahir, berbanding ngan org2 yg mahir- so do tell me, supaya aku boleh delete, and aku x share something yg meragukan....

Wednesday, August 25, 2010

proposal~

17.21pm 25/8/10 wednesday

Assalamualaikum

Tadaima~
lolz...im not going home yet^^(tadaima means im home)
okayh....seems that i feel genki(happy/cheerful)
huhu...lepas da menulis smalam, baru dapat fokus wat proposal....
sementara menunngu nak g bazar depan kolej, tengah tengok2 senior nyer thesis...
kowt2 boley ambil pape yg patot...tapi format berbeza sangat2, so tak der harapanla nak ceduk sikit2...^^
mengantuk sgt skang, tido kol 4 pagi...huhu...pastue bangun subuh....ingat nak sambung wat kerja, tapi memang ngantuk yg amat, tertido sampai kul 8 pagi...pastue dari 8 pagi sampai kul 2 aku wat proposal tak berhenti2....edit sana, edit sini....esok nak anta kat lec, so malm ne nak tambh sket lagi bah intro....mcm kurang garam pulak^^
mash tercari2 idea yg sesuai nak letak kat intro, sebab dr cakap aku nyer intro terlalu biasa, kalau boleh letak something yg boleh buat orang excited nak sambung baca....hurm...seriously, aku tataw nak kena letak apa....huhu...i need some ideasXD

ah...terlupa, petg tadi lepas balik jumpa lec, aku singgah pejabat kolej, ada urusan sket....bila aku jumpa pengetua kolej(kitaorang panggil beliau dr), baru jer kat pintu bilik dia, pastue dia panggil
"ha...wahidah...masuk2"
terkezut aku, coz tak sangka dr still ingat aku lagi...huhuhu....da stahun kowt aku tak jumpa dr...memang terharu sebab dia ingat nama aku...memang tabik la^^
dia siap tanya lagi "dah tahun akhir kan?"
almaklumla, aku tengah pegng buku thesis senior, obviously....
it makes me happy....

okay, nak sambung baca thesis....doakan aku smoga idea datang mencurah2...

~Jya

p/s:kaki still rasa sakit...skarang ne rasa cam dua2 belah kaki lenguh yg amat...nak melunjur pown tak sedap aje rasa...hurm....

sebelum balik umah~

23.51pm 24/8/10 tuesday

Assalamualaikum...

10 hari lagi nak balik rumah...mou....tak sabar sangat....betul2 nak balik skarang....
tension ku tahap maksimum da ne.....masih tercari-cari semangat yang hilang....ntahla....lepas jumpa supervisor ritue, lepas dapat proposal aku balik, rasa cam.....hopeless...ntah...rasa diri ni tak guna....sejak hari tue, aku asyik blame diri aku....kenapa proposal aku tak bagus sangat???aku rasa cam bodoh pown ada*sorry guna perkataan ini, tak jumpa perkataan lain*
ntahla....proposal aku, kena edit balik...tambah apa yang ada...redo???ye kowt...lebeyh kurang....memang aku ada expect kena tambah pape yang patut bila lec aku bagi balik draft proposal tue, tapi still, its hurts to know that so much editing i have to do....atashi no baka.....nai!!!!atashi baka jane yo!!!!plez dont say that word...huhuhu...its so harsh*that words keep repeating in my head, some sort of blaming myself-the words come from me to me myself*
lepas dapat balik proposal tue, termasuk la skarang, aku rasa down sangat2....half of my motivation are gone...maybe 3/4???yg tinggal sikit ne yang buat aku menulis hari ne....supaya bila lepas tulis, aku rasa fresh balik....start of something new, maybe?dunno, harap2 nya berjaya...kenapa aku rasa hopeless???maybe sebab aku bandingkan diri aku dengan kawan aku, dia anta draft proposal dia, n kena tambah perisa sikit je lagi....so im kinda feel left out...walaupun dia cakap, lec lain2, cara pown lain2....but still, i cannot put myself together....ntahla, teringin nak nangis, tapi air mata tak kuar2...nak pergi pusat kaunseling, jauh sangat pulak....last2 berteleku dalam bilik, ngadap proposal.....bila2 benda2 cam ne berlaku, aku rasa cam confidence aku da tader....aku rasa cam tak berguna...padahalnya, kawan aku, chinese 4 kali kena redo proposal dia...selamber je kowt....ah...keselamberan aku da tader....patutnya aku bersemangat lebih sikit, sebab aku kena tambah pape yang ada, bukan nyer draft proposal aku ni salah...ntahla...lepas dapat balik proposal aku, semangat n keyakinan aku terbang...sampai tak tergapai...mcm presentation bi pagi tadi, i think my presentation is suck...*sorry for the bad word, no offense, but i think this is the suitable word to use*dunno....
huhu...meluahkan rasa...aku cuba nak bangkit balik...thats why aku menulis...kalau aku tak tulis, ia bermain dalam fikiran aku...sebab tue rasa cam tak bersemangat....so nak tak nak, teruk tak teruk, aku keluarkan jugak...its not easy, to tell other people what you feel...terutamanya orang mcm aku, mulut lepas pown, tapi yg aku rasa sebenar2, orang tataw.....dalam aku nampak cam confident, aku sangat takut sebenarnya...dalam aku nampak strong, sebenarnya aku sangat fragile....memang aku, self esteem rendah...sebb tue aku cuba aktif kat kolej, dengan harapan aku dapat cari diri aku, cari keyakinan dalam diri aku...tapi bila dah tak aktif, aku balik pada my old self....
ah....sekarang akan sambung edit proposal...aku dah banyak habiskan masa dengan menulis dalam nie....doakan aku semoga dapat bangkit balik...nampak remeh kowt masalah aku, tapi tak senang nak tanam positive thoughts dalam diri...tak senang...so i end here...

jya~

Sunday, August 22, 2010

rambles

15.50 22/8/10 sunday

Assalamualaikum

Minna, hajimemashite^^
ogenki desu ka???
(Apa khabar anda semua?, sihatkah?)

Currently, buat english group assignment. Part aku da siap, tunggu part orang lain pulak
Saje nak menulis, sebab rasa rindu nak menulis^^
Mungkin ramai yg tataw, aku ad satu lg blog
but im so sorry, i cannot share it with you
the blog i made is special for someone who have interest like me, KAT-TUNXDD
jya~~~gomennasai....
thats why aku jrg update blog ne, because aku focus more on that blog...
tapi aku still update blog ne, of course...
this is my first blog ever...

ah...about CREO'10
baru2 ne, kitaorang dapat update dari lec dari Osaka, mengenai perjalanan program kami di Osaka
most of our day there, will be in respective labs. bila aku baca jadual dia, aku rasa seram sejuk
sebab aku takut....ntahla, tetiba rasa keyakinan tue hilang...well, my expectations for Osaka's students a little bit high, especially from Chemistry department. aku bayangkan mcm aku masuk lab dorang, with all apparatus and materials yg high tech n expensive, then kitaorang(between me and students dari Osaka) discussing about chemical reactions that happen when we do an experiment.....fufufu~~~~semangat...
nanka(like) i've lost my spirit.....
dua tiga hari ne, aku dok pk sal tue aje...huhuhu....
moga2 smangat ku pulih, dan aku nak buat yg terbaik untuk program ne...manala taw, kot2 boleh smbung blajar kat sana.....^^

so enough rambling....
jya~matta ne^^

Thursday, August 19, 2010

Kaki ku ~~sakit~~

14.23 19/8/10 thursday

Assalamualaikum....

Pagi tadi, jalan ke kelas-hari2 aku berjalan ke kelas
take morning air^^ 15 minutes walking
Aku rasa sangat sakit pada buku lali kaki kiri
kenapa eh??
teringat balik, masa form 4, kat MRSMKT, kaki kiri aku masuk lubang
dan lubang tue dalam
menyebabkan kaki ku terpeleot-terseliuh
aku wat senyap jer, tak bagi taw sape2
sebab takut...kalu parents ku tahu, kemungkinan aku akan dihantar berurut
and i hate kena urut....sakit sangat!!!
pulak tue, tak jumpa doktor, kesannya
sampai skrang, rsa sakit
hukhukhuk(!_!)
and kaki kiri ku sedikit bengkak..bila tekan jer, ada la rasanya tue^^
and i dont noe wat to do now...keep it quiet kay^^
let it be...hehehe

p/s:nak balik umah....uwaa...2 weeks 2 go...

Tuesday, August 10, 2010

Penajaan Oh Penajaan

17.17 Tuesday 10/8/10

Assalamualaikum

So, today aku start cari sponsor
Seriously......
Perasaan skang bercampur
Call orang sana, dia kata tak ada peruntukan untuk sponsorship
Call orang sini, dia hang up on me!!!!
Call orang situ, masuk dekat 10 kali sambungan, baru boleh bercakap dengan person in charge di HR...luckily dia nak consider^^
well, out of 7 big companies yang aku tepon, hanya 3 company jer yang sudi consider...huhu
sabishii yo(!_!)*sangat menyedihkan*
tu pown, belum tentu dapat
*hopefully dapat...onegaishimasu*
but nevermind, i'll try my best to find another company
and its fun, sebab kita belajar nak interact ngan orang dalam telefon

teringat kat hospital masa LI(lat.industri)
aku kena angkat fon, tapi bila aku bercakap, senyap jer orang dalam talian
aku jadi geram, pastue aku pown cakap
"moshi-moshi"
pastue, dia hang up on me^^
agaknya dia pk salah call ke kedutaan jepun kowt...hahaha...
sape soh senyap=D

okay, i'll stop here...jya~