Aku sering tertanya-tanya pada diri sendiri, apakah memang aku yang pelik atau apa yang aku rasa, buat adalah perkara yang normal? Seriously aku memang selalu tertanya-tanya.
Mungkin, apa yang aku akan tulis ni akan menghiris hati seseorang, jadi awal-awal lagi aku nak minta maaf kalau tulisan aku hari ni membuatkan sesiapa terasa. Dan, tujuan aku menulis bukanlah untuk membuka aib dan keburukan sesiapa, cuma aku mahu berkongsi.
Sejak aku kembali ke UTM, sambung buat Masters, banyak benda baru aku belajar. Terutamanya dalam bersosial. Sosial di sini bukanlah yang seperti anda semua fikirkan, maksudnya clubbing atau jadi orang yang ho ha ho ha tak tentu hala. Dalam konteks aku, sosial di sini adalah dengan mencari kawan baru. Bagi sesetengah orang, mendapat kawan baru mungkin adalah perkara yang biasa. Aku pun, senang nak berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi.......
Rasa macam susah je nak cerita bila nak pakai bahasa baku...hohohohoh......maaf atas tatabahasa yang salah ye.
Okay, kita sambung. Kita dapat kawan baru, cuba kenal hati budi, perangai masing-masing. Kalau dalam case aku ni, senang direct to the point aje, roommate baru. Mungkin ada yang tak tahu, selama 3 tahun setengah aku tinggal kat UTM, 2 tahun aku stay kat bilik single. Itu bermakna, aku tiada roommate dalam masa dua tahun, dari Tahun Dua sampai Final Year aka Tahun Tiga. Dan, bila aku buat Masters, ditakdirkan aku diletakkan bersama roommate aku sekarang, malah roommate aku ni bukanlah dari UTM.
Bukan aku nak cakap RM(roommate) aku ni tak OK ke caner, orangnya baik, tua dua tahun dari aku. Tapi yang menjadi masalahnya ialah aku sendiri. Terus-terang aku katakan, aku tetap prefer tinggal dalam bilik single! sampai ke hari ni.
Caner nak cerita ea.......aku senang kalau orang just leave me alone! macam tu lebih kurang. Bukan bermaksud aku nak berseorang aje setiap masa, tapi most of the time, aku prefer being alone. Of course, aku sepatutnya menghargai setiap orang yang pernah hadir dalam hidup aku. Bukan aku tak bersyukur sebab ada RM, aku bersyukur sangat-sangat, cuma aku tak biasa bila aku rasa segala tindak-tanduk aku sekarang diperhatikan.
Contohnya:
1. Aku tengok cerita (kebanyakannya aku dah repeat tengok banyak kali), kebetulan RM aku nampak apa yang aku tengah tengok, lepas tu dia cakap "lepas nie orang tu gigit jari dia", "macam pernah tengok aje hero ni", "siapa perempuan ni?" dan sebagainya, honestly aku rasa terganggu sangat-sangat. Bukan setakat aku rasa terganggu sahaja, the fact that she is watching me, made me uneasy. Rimas jugaklah
2. Dah makan ke belum? Tadi makan apa? Gi makan dengan sapa? dan yang sewaktu dengannya, serious aku tak suka dengar soalan-soalan macam ni. Mungkin bagi sesetengah orang, dia ambil berat. Ye, betul dia ambil berat, Aku sangat berterima kasih, tapi aku tak biasa dan tak suka dengan attention yang diberikan. Aku selalu tanya diri aku sendiri "perlu ke tanya soalan ni?" Entahlah, aku yang bermasalah kot sebenarnya.
3. "Kejap je mandi hari ni".....dan sebagainya yang aku rasa tak sesuai nak ditulis, selalu juga ditanya. Orang yang biasa ber"roommate" selalu ke tanya soalan-soalan macam ni? Aku nak mandi lama ke, kejap ke, ada masalah ke? Yang ni, aku betul-betul rasa macam aku diperhatikan...orz.....
4. Apa yang dia buat, asyik tak kena kat mata aku. Contohnya makan epal, tangkai
5. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku takut nanti dikatakan membuka aib seseorang.
Adakah aku memang pelik? Betul ke seperti orang cakap, antara aku dengan orang lain, ada wall kat tengah-tengah, aku tak bagi sesiapa pown lepasi wall tu? Memang diakui, aku tak biasa dan tak berapa suka orang terlalu nak tahu apa kehidupan aku, melainkan aku cerita, that is a different thing. hurmmmmmm...........apa patut aku buat? aku sebenarnya tengah consider nak pindah bilik single ni...huhuhuhu....tapi bukan sekarang. Aku tahu aku patut bagi masa pada diri aku dengan RM aku untk kitaorang selesa antara satu sama lain. Entahlah, mampu ke aku buat? Boleh ke aku terima strangers dalam hidup aku?
p/s: wanna go home!
No comments:
Post a Comment