Tuesday, September 27, 2011

convocation

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam secara officialnya kami bergelar Graduan UTM. hehehe
Malas pulak nak citer banyak2, so tengok gambo je la =Doh! lupa, kami students fakulti sains konvo sesi terakhir iaitu sesi keenam, petang....

teman2 forecast dari kiri: me, mina, ziyen and lela =D

my mom and dad during the convocation day. I miss them already =(

 Emy and me di hadapan masjid. dah keje tuuu.....

Sori la gambo sikit. X sempat nak bergambar banyak. Habis majlis dalam pukul 5 petang, pastue gi wat gambar studio, pastue makan then abah and mama terus balik dalam pukul 7 petang...cepat beno nak balik PD =(

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mama ngan abah atas support dorang selama aku hidup. Tanpa support dari dorang, rasanya aku tak berada di mana aku berada sekarang. Thank you very2 much and I love you so much XDDD

Tak lupa juga pensyarah2 di UTM terutamanya pensyarah2 Fakulti Sains,  dan juga PM Dr Zainoha Zakaria yang merupakan supervisor aku masa degree dan juga untuk masters ni. Tak lupa juga Dr Shajarahtunnur yang merupakan Penasihat Akademik kami selama 3 tahun kami sebagai students di UTM. Moga2 Allah merahmati pensyarah2 kami =D Amin

Lastly, kawan2 masa forecast, masa degree SSC & SSA, JKM KRP dan sebagainya *maaf andai saya terlupa untuk senaraikan* thanks for all memorable experiences sepanjang kita kenal. semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan. Amin. Good luck for future =D
p/s: nanti kawin jangan lupa la ajak ya =D

maka tamatla kehidupan kami sebagai pelajar sarjana muda di UTM. kenangan sepanjang 3 tahun akan kemas tersimpan dalam ingatan. *sebak*
Dan......mohon maaf andai sepanjang perkenalan ada buat terguris hati. sebagai manusia biasa saya tak lari dari melakukan kesilapan. harap dapat dimaafkan.

setakat ini sahaja coretan hari ini. Ada masa insyaAllah saya akan update citer terbaru. Korang pown jangan lupa selalu update citer korang. yang tue je la wat pengubat rindu... *cheeewah*

p/s: teringat masa nyanyi lagu UTM Sanjungan Bangsa. sebak sangat =)

Monday, September 12, 2011

sarjana pendidikan

Assalamualaikum

ohisashiburi *waves*
rasanya dah lama membiarkan blog ni berkulat. hehehe

Mulai 6 september yang lepas, aku kini telah pun bergelar pelajar sarjana di UTM. cam skema lak ayat.
Kalau masa degree dulu aku buat Sarjana Muda Sains Kimia Industri, sekarang aku buat Sarjana Pendidikan (Kimia)....rata2 member yang aku jumpa dekat UTM yang sambung belajar tak sangka aku boleh 'terlepas' daripada Fakulti Sains. hehe. almaklumla, aku ni mana suka sama ngan orang. hahaha.

Hari ni merupakan hari pendaftaran subjek. Nak dikatakan semangatnya aku hari nie, dari KTF aku ngan member keluar pukul 7.30 pg. singgah makan jap kat Meranti. jalan2 sampai fakulti pukul 8.10 macam gitu la. Nak dijadikan cerita aku sesat, x jumpa cari pejabat fakulti pendidikan. Kalau masa wat degree dulu, tak yah cakapla, memang muka aku la yang selalu terpacak dekat pejabat fakulti sains masa pendaftaran wajib. huhu.

Naik turun naik turun tak jumpa jugak pejabat fakulti pendidikan, dah risau dah ni. Nasib baik ada mak cik cleaner, so aku tanyala mak cik tu pejabat kat mana. Berpandukan cerita mak cik tue, akhirnya berjaya jugak aku jumpa. thanks mak cik. Sesampai aje aku kat pejabat fakulti, pejabat baru bukak. apa lagi, jadi orang pertamala aku.

Siap hal fakulti, aku kena pergi pejabat bendahari settle hal yuran etc etc. Masa tu baru pukul 9++ pagi. Aku pun decide nak melepak kat Fakulti Sains. Sampai kat sana, tetiba teringat masa wat degree ngan member2 dulu. Kalau dulu jalan kat fakulti sains kita akan jumpa muka2 yang kita familiar, tapi hari ni aku tengok budak2 baru aje yang ramai. Cam sayu pulak bila dah tak kenal sape2 kat fakulti tue. Tapi masa tengah melepak, sempatla berbual dengan Puan Hanim. ahhhh....natsukashi dayou ne XDDD
Memang rindu la kawan2 sekalian.

Memandangkan hari nie aku sebenarnya x ada kelas, so lepas online aku terus balik. Maka berakhirlah kisah aku di fakulti pendidikan pada hari ini. Sekian.

p/s: x sabar nak konvo ngan kawan2.