Monday, September 12, 2011

sarjana pendidikan

Assalamualaikum

ohisashiburi *waves*
rasanya dah lama membiarkan blog ni berkulat. hehehe

Mulai 6 september yang lepas, aku kini telah pun bergelar pelajar sarjana di UTM. cam skema lak ayat.
Kalau masa degree dulu aku buat Sarjana Muda Sains Kimia Industri, sekarang aku buat Sarjana Pendidikan (Kimia)....rata2 member yang aku jumpa dekat UTM yang sambung belajar tak sangka aku boleh 'terlepas' daripada Fakulti Sains. hehe. almaklumla, aku ni mana suka sama ngan orang. hahaha.

Hari ni merupakan hari pendaftaran subjek. Nak dikatakan semangatnya aku hari nie, dari KTF aku ngan member keluar pukul 7.30 pg. singgah makan jap kat Meranti. jalan2 sampai fakulti pukul 8.10 macam gitu la. Nak dijadikan cerita aku sesat, x jumpa cari pejabat fakulti pendidikan. Kalau masa wat degree dulu, tak yah cakapla, memang muka aku la yang selalu terpacak dekat pejabat fakulti sains masa pendaftaran wajib. huhu.

Naik turun naik turun tak jumpa jugak pejabat fakulti pendidikan, dah risau dah ni. Nasib baik ada mak cik cleaner, so aku tanyala mak cik tu pejabat kat mana. Berpandukan cerita mak cik tue, akhirnya berjaya jugak aku jumpa. thanks mak cik. Sesampai aje aku kat pejabat fakulti, pejabat baru bukak. apa lagi, jadi orang pertamala aku.

Siap hal fakulti, aku kena pergi pejabat bendahari settle hal yuran etc etc. Masa tu baru pukul 9++ pagi. Aku pun decide nak melepak kat Fakulti Sains. Sampai kat sana, tetiba teringat masa wat degree ngan member2 dulu. Kalau dulu jalan kat fakulti sains kita akan jumpa muka2 yang kita familiar, tapi hari ni aku tengok budak2 baru aje yang ramai. Cam sayu pulak bila dah tak kenal sape2 kat fakulti tue. Tapi masa tengah melepak, sempatla berbual dengan Puan Hanim. ahhhh....natsukashi dayou ne XDDD
Memang rindu la kawan2 sekalian.

Memandangkan hari nie aku sebenarnya x ada kelas, so lepas online aku terus balik. Maka berakhirlah kisah aku di fakulti pendidikan pada hari ini. Sekian.

p/s: x sabar nak konvo ngan kawan2.

3 comments:

shera haifa said...

owhh xcerita pun pasai sesat cri pejabat fakulti pendidikan.. haha

HikarI said...

haha...x citer ke?
hehe^^

takot nanti ada orang len marah, asyik ngadu kat shera jew...hahaha...kim salam kat orang tue ea^^

Anonymous said...

salam..saya berminat nk sambung master pend kimia..blh mintak emel coz nk tanya psl course tu..@ emel sy kt sy pn blh damia_izzara12@yahoo.com