Wednesday, December 15, 2010

Osaka part 3

Assalamualaikum

7/12/10   Tuesday

Highlights
-Ada dua lecture ngan sensei di sana. First ngan Hirose Sensei dan second ngan Nishiyama sensei
-Lunch with all lab mates
-Masuk lab dan experiment dimulakan
-Balik ke JICA

Untuk memudahkan citer, aku wat highlights dahulu, then baru wat citer meleret2. so sape2 nak baca panjang2 sampai juling, its not my fault...kihkihkih

~So pagi tue, as usual, bangun kul 6 pagi. Kitaorang bersiap and dalam pukul 7 pagi kena breakfast. Breakfast pagi tue hanyala susu aku benci susu...yukkssss! + cereal + orange juice + roti + jam stramberry and butter.

~After breakfast, kitaorang berkumpul sebab kena gerak ramai2. tamau ada yang tertinggal. bila sumer da ada, kitaorang bergerak menuju ke bus stop yakni berjalan kaki ke sana. route yang kitaorang guna sama macam Mr Yap tunjukkan. dengan kesejukan yang mengcengkam sehingga ke tulang hitam, perjalanan yang di ambil terasa mencabar...chewah....sangat sejuk sampai bercakap pown keluar asap betul ke kita sebut asap? kat sini kompem sihat coz makan sikit, pastue berjalan kaki....memang aku rasa aku makin kurus la sejak sampai sana=D

~so bila sampai kat bus stop, as usual, memang da ada satu line panjang...tak caye?? silala tengok gambo kat bawah ne....memang gua tabik sama mereka...sikit pown tak buat bising melainkan kebisisngan berpunca daripada kitaorang....hihihi....
ada yang men fon, ada yang baca buku.
~the same things happen in the bus....kitaorang sibuk amik gambo, dorang baca buku...kitaorang ne bolehla dimaafkan sebab ye la seminggu je dok kat Jepun, so apa salahnya buat bising sekali-sekala=D

~bila sampai kat fakulti, kitaorang bergegas ke dewan kuliah..almaklumla dorang ne tak ley terima kelewatan..no excuses..so dua lecture berlalu tanpa apa yang masuk lam kepala otak aku...nak wat camner, ngantuk seyh lecture dorang...tapi dorang da bagi yang terbaik, takkan nak wat muka ngantukkan...muka dak2 ne sumer menahan mata dari tertutup...kihkihkih...sumer bajet kool=D

~Lunch time!!! tetiba rasa berdebar bila masuk part ne hihi...yang ne antara the sweetest moments sepanjang aku ada kat Osaka..kat Osaka, bila lunch sumer member lam lab akan makan sama2...kalau ada 10 orang, sepuloh2 orang tue akan makan sesame....so memandangkan lab aku depan lecture class, dorang memang ramai2 da tunggu kat depan...malu seyh..tapi cam bangga....dak2 member2 aku sumer tengok jer...hihihi...so berlalula kami ke tempat makan yang terletak lam 5 minit berjalan kaki dengan lajunya=D

~sambil2 berjalan kaki, dorang bertanya pada kami berdua mengenai macam2 hal...aku pown da lupa apa daa...owh lupa, Imada sensei (Associate Prof) dan Komiya sensei (Assistant Prof) ikut lunch dengan kitaorang...so bila masuk lam kawasan kafe, dorang cakap makanan halal disediakan...ada salmon fried dengan ayam goreng...aku amikla salmon fried sepanjang hidup aku tak pernah aku pilih ikan over ayam. then aku amik nasi....cost dia hanyala 340 yen...aku x sure wape lau convert, tapi murahla...Tanaka-san tolong amikkan air untuk kitaorang...green tea...huhu..thanks Tanaka-san, demo aku tak minum green tea=D

~so bila sumer da ada kat meja makan, dorang pown ajar kena sebut apa bila nak makan...perkataannya "ITADAKIMASU" meaning thanks for the food....masa makan kitaorang berbual2....well, memang aku rasa sangat kekok and awkward sebab bercakap2 then senyap, then bercakap2....tataw nak cakap sal apa....antara yang aku ingat, dorang puji aku pegang chopstick dengan baik sekali....kihkihkih...mana taknya, kat kolej aku guna chopstick jugak, cuma bila makan ngan mee je la....
tengokla gambo ne yer....
nie la lab mates aku..ramai kan??? yang kat depan pakai kowt tue  Imada sensei=D tukang amik gambo ialah Komiya sensei...antara lab mates yang tader ialah Yoshida-san. depan aku ialah Koichi-san dan depan Husna(sebelah aku) ialah Tanaka-san. Tepi Husna ialah Junior dan depan sekali ialah Ando-san...nie antara orang selalu berbual ngan kitaorang=D alahai....tetiba teringatkan dorang;D

~Lepas lunch, kitaorang bergegas ke tempat solat...nak solat sangat susah sebab tak ada prayer room... so solat je la mana2 yang rasa bersih dan orang tak nampak..

~Tepat jam satu petang, kitaorang start lab kitaorang...Tanaka-san guide kitaorang completely...tak yah wisau pape....hahaha...arigatoo Tanaka-san=D so kitaorang kena wat synthesis yang makan masa selama satu hari untuk complete....dengan bantuan lab mates, kitaorang dapat buat...
Yang tak tahannya, masa kitaorang tengah wat experiment, dorang mai ramai2 tengok kitaorang wat...adoyaiii....x ley fokus daaa......lawak pulak wasenya....mana taknya, dorang jarang terima foreigners, dan tetiba foreigners yang pakai tudung mcam kitaorang...hihihi.....
semasa menjalankan synthesis..belakang aku ialah Ando-san, Junior dan Yoshida-san. Depan Husna ialah Tanaka-san...yang lagi dua orang aku lupa la nama dorang....gomennasai!
~sementara menunggu synthesis complete, kitaorang diberi rehat. masa tue, kitaorang kena wat model complex yang kitaorang dapat...mula2 susah gak, pastue dengan bantuan Koichi-san, dapat gak buat=D
model complex yang dah siap...hehe...posing kojap=D

~Then, some lab mates kitaorang datang dan berbual2 ngan kitaorang...most of our topic was based on our projects.....so lebeyh kurang exchange idea between Malaysia and Japan gitue~
bersama Yuri-san, Tanaka-san dan Yoshida-san....conversation lam english taw!
~Bagi most Japanese, english sangat susah....disebabkan itu, conversation antara kami macam sangat susah....tapi try je la....dorang siap ada pocket dictionary, in case lau x paham apa yang kitaorang cakapkan...they really did their best XDDD

~Kitaorang sambung balik wat synthesis. Around 5.30 ptg baru selesai...tue pown lepas member2 aku datang gtaw sumer da menunggu kitaorang kat bawah....kitaorang pown bersiapla untuk turun....then Tanaka-san and lab mates yang len pown escort kitaorang turun ke bawah...yasashii desu yo ne^^ dorang sangat baik...sangat2=D kesian kat member2, kena tunggu kitaorang....so mcm biasa, balik dengan bas. Malam tue, kitaorang just rehat lam bilik.

p/s: akan disambung pada next part...till then~

No comments: