Tuesday, January 15, 2013

small reunion

Assalamualaikum ^^

Hari Sabtu yg lepas, tanpa dirancang aku dapat jumpa salah seorang my closest friend dekat MRSMKT dulu, Ain. Actually, ianya berlaku secara kebetulan, bila aku ternampak tweet Ain yang mengatakan dia berada di Skudai, sambil jalan2 dekat USS. So lepas exchange few tweets, kitaorang decided nak jumpa. After I picked up Ain dekat kolej, kitaorang decided nak lepak dekat Meranti je since dia da makan, and aku pun still kenyang lagi.

Bila da berjumpa, macam-macam la yang kitaorang borakkan. Daripada nama cikgu sampailah kepada hal ehwal semasa. Yang kelakarnya, honestly kitaorang da tak berapa ingat nama cikgu-cikgu. Memang struggle jugakla malam tu kasik ingat. Hehehe....

Seronok sebenarnya jumpa kawan yang dah lima tahun tak bertemu. LIMA TAHUN! wow!!! Last time jumpa ambil result spm, tapi kejap sangat. Lepas tu masing-masing bawak hal sendiri. Bila dah jumpa Ain, rasa rindu dekat kawan-kawan makin membuak-membuak.

Teringat masa dekat MRSMKT, kitaorang dulu bertujuh. Me, Ain, Intan, Elly, Una, Mia and Amani. Kitaorang selalu lepak sama-sama, makan sama-sama. Kesimpulannya bersama-samalah. Segala benda kitaorang share, even sape crush kitaorang dulu. Hehe....Kalau korang nak taw, I still ingat lagi sape suka kat sape....hehehe.....

After 5 years, kitaorang belum berkesempatan nak berkumpul beramai-ramai. I hope someday kita semua dapat berkumpul ramai-ramai. Buat small gathering. Mesti seronok dan happening!

Me and Ain =D
p/s: Miss you friends =D

2 comments:

AiN said...

Awww, nor :')
Gembira sgt dpt jumpa nor ari tu! Next time kite kena jumpa sume org pulak ok. Kena plan. :D

HikarI said...

yup! me too!
time jumpa awak hari tu, semua memori pasal mrsm datang balik!

kita memang kena plan! ramai2 mesti sangat seronok!