Tuesday, December 13, 2011

Osaka, till we meet again^^

Assalamualaikum^^

Hari ni, 13 December 2011 genaplah setahun kami kembali dari Osaka, Jepun. Buat yang tak tahu, kami ke Osaka, Jepun selama seminggu bermula 6-13 December 2010. Pejam celik pejam celik dah setahun kami meninggalkan bumi Jepun, yang pastinya meninggalkan kenangan yang sangat manis buat aku dan kawan-kawan.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk ke sana. Bila kenang balik, rasa kagum dengan aturan yang Allah dah tetapkan, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya dah tertulis. Nak dijadikan cerita, beberapa bulan sebelum aku 'dioffer' untuk join GOP ke Osaka, aku dapat tahu, my closest friend, akan ke Jepun, atas nama GOP kolej. Masa mula-mula dapat tahu, kecewanya hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Kebetulan, cinta aku pada Jepun dah semakin mekar chewah, keinginan nak ke sana memang dah tersimpan dalam hati, cuma ye lah, kos nak ke sana bukannya sikit, dan alang-alang nak pergi biar puas hati. Dan........apabila aku dapat tahu kawan kita sendiri nak ke sana, memang sangat sedih.

Tapi, rezeki aku, bila member-member SSA (Kimia Tulen) offer pada kitaorang tempat ke Osaka masa tengah discuss Harvard Business Case Study, time tu jugak aku setuju, tanpa berfikir panjang, dan tanpa meminta kebenaran mama dan abah. Nasib baik esoknya aku telefon, dorang setuju walaupun berat hati.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bertungkus-lumus, dapat juga jejak kaki ke Jepun. Jangan tanya kenapa aku SUUUUKKKKAAAA sangat Jepun, rasanya nanti panjang plop entry ni ^^ Dan, aku nak berterima kasih pada Nadira and the team sebab dorang la driving force pada GOP kali nie. Tanpa dorang, rasanya jadi hangat-hangat tahi ayam jugak =D

Jom kita tengok gambar^^

Bersama the team (kiri), dan lab members (kanan)

Last day bersama lab mates @farewell party (kiri atas) , the so-called maple tree^^ (kanan),
test pandai x guna shuriken (bawah)

Sepanjang berada di Osaka XD

Sepanjang berada di dalam lab~bersama lab mates dan pensyarah

Jom kita tengok video yang pernah dihasilkan oleh Nadira^^


Dan video di bawah ni pulak presentation mengenai GOP kami ^^


so begitulah kisahnya sepanjang kami berada di sana. Sesungguhnya kenangan di Osaka merupakan antara kenangan paling manis sepanjang pelajar Degree. Moga-moga ada peluang ke Jepun lagi^^

Jya ne^^ matta ne =D

p/s: Kalau ada GOP ke mana-mana sila-sila la bagitahu ya^^
p/s/s: mimpi ambil gambar dengan polaroid. ada sape2 nak bagi polaroid sebijik?

No comments: