Wednesday, December 28, 2011

Family Day

Assalamualaikum

Weekend yang lepas, aku berkesempatan untuk pulang ke rumah setelah hampir rasanya 2 bulan tak balik. Of course, balik rumah, duduk di rumah bersama keluarga is the best! Tapi, kepulangan aku kali ni bukan setakat bercuti dan lepak-lepak kat rumah, tapi tempat kerja ayah aku ada Family Day dekat Kem Asahan, Melaka. Dan aku rasa Family Day akan meninggalkan deep impression pada aku sebab buat pertama kalinya aku belajar sesuatu yang aku rasa once in a lifetime nyer experience. Cuma yang tak bestnya tak ada Flying Fox ke, abseiling ke....Kalau ada....perghhhhh......

Okay, aku sebut Family Day Family Day, tapi apa kejadahnya Family Day buat dalam hutan? Bila aku sebut hutan, memang hutan la....aigooooo.....okeh, dah start merapu!

OK, let's go straight to the point. Antara sebab kenapa Family Day kali ni meninggalkan deep impression pada aku adalah kerana buat pertama kalinya aku belajar menembak. Yeap! anda membacanya dengan betul! MENEMBAK! Antara senjata yang aku sempat guna ialah M 16, Silencer, dan pistol HK! Jom kita tengok picca.
Oh, atas sebab-sebab tertentu, gambar masa aku guna silencer tak dapat ditayangkan. Harap maaf^^

Masa guna M16

Masa guna pistol HK
Dalam masa senggang kami, sempat kitaorang ambil gambar adik bongsu kitaorang. Yang kelakarnya, bila kitaorang tak layan dia, dia akan menjauhkan diri dan create his own world. LOL~~~kitaorang gelar Ombak Rindu ke-2. hahahaha. Jom tengok adik bongsu kitaorang ^^

Fahmi; di dalam Ombak Rindu ke-2
Penat memang penat. On the next day ada sukaneka tapi memandangkan aku dah besar, so tengok aje^^
Sepanjang Family Day ni, ni lah first time aku tengok abah pegang senjata. Kakkoi yo! Pernah tak aku mention aku suka tengok orang pakai uniform, especially tentera? hehehehe.....yup! Orang pakai uniform especially uniform tentera memang cool!

Dan, buat pertama kalinya aku memegang senjata, menggigil seyh! Dahla M16 dengan silencer tu berat. Tangan dan jugak bahu dan jugak belakang aku sakit lepas dah try guna senjata. Yang kelakarnya, habis juling mata aku nak aim! Tapi satu pown tak kena target! pfffff......

Yang paling best bila pegang pistol. Berat jugak benda alah tu. Tapi aku rasa cam cool sangat-sangat bila try menembak guna pistol....hehehehe.....

Hurm......tapi tu lah, kalau ada flying fox dengan abseiling, confirm mantap family day kali ni! Papepun, seronok sangat dapat pengalaman pegang senjata buat pertama kalinya walaupun tiap kali nak pegang tiap kali tu menggigil, dan yang penting kami 8 beradik dapat berkumpul sekali lagi. Bukan senang kitaorang 8 beradik nak duduk satu tempat dalam satu masa. Ye lah, sistem cuti semester yang baru ni, somehow buat kami susah nak jumpa. Mesti akan ada salah seorang daripada kami yang tak pulang =(

sampai situ sahaja. jya ne!

p/s: x puas balik rumah =(

Thursday, December 15, 2011

Kecewa

Assalamualaikum

Maafla, entry malam nie, akan lebih kepada meluahkan perasaan. So sape-sape yang rasa tak berminat, stop sampai sini sahaja ok!

Hurmmmm...mcm mana nak start ea? OK, this gurl dengan I, kitaorang decide nak join kelas bahasa Jepun level 1, for beginner, buat kat KTF(kolej kitaorang) aje. so this week merupakan minggu ketiga kelas kami. I realized, since the beginning of that class until today, dia macam not interested to go, but as I pujuk, dia tetap pergi. She always said "I ni jenis hangat-hangat tahi ayam, etc...." time tue, masa dengar, walaupun hati I panas but I buat tak tahu jugak. I tetap pujuk dia to join the class with me. I know she joined the class half-heartedly, but since she once said to me, she has passion in Japanese language and culture and actually dia pernah belajar Japanese language dulu, sebab tu la I ajak dia join.

Then, tonight, when we were ready after Isya', she said, boleh tak you pergi sorang je? She said she has work to do. And I was like.......so disappointed at that time, but still I said "OK"...up to you lah, penat dah berpura-pura jadi cheerful. So I pown just go, without saying anything towards her. Class starts as usual, this time I duduk kat depan, tengah pulak tue, menghadap sensei....Aigoo.....kena jadi good student la malam ni. hehehe. Then, sensei distribute buku, untuk kelas kami for the whole course. At that time, I was thinking, patut x I ambil buku tu untuk dia? Throughout the class, I asyik fikir, nak ambik ke tak! Kalau ambil, then nanti dia cakap dia dah tak nak join kelas tue, then what about the book? I nak kena tebalkan muka ke mengatakan dia tak datang? Tapi kalau I tak ambil, nanti kalau dia actually nak join the class, and next session sensei dah tak bawak copy, what should I do?

So finally I decide, tak pe lah, next week kalau dia nak join the class, she can ask the book from sensei BY HERSELF! Actually at that time, I memang disappointed giler dengan her attitude! Before I ke kelas, after solat Isya' and such, bila dia cakap dia tak boleh pergi, tho I didnt asked her, dia cakap dia ada kerja malam ni. OK, that's fine. whatever. I dont care! Masa I tengah jalan ke kelas, rasa nak meletup sangat! I cuba tenangkan diri dengan meng'excited'kan diri I dengan kelas tu, tapi I still cant. Dalam kepala ni, tertanya-tanya, kalau kata banyak kerja, kenapa mesti bangun lambat hari ni? Then kenapa masih sempat nak tengok cerita? Somehow I cannot accept that kind of excuses. LAME! It really pissed me off!

Sampai I tertanya-tanya, maybe salah I sebab paksa dia ikut I ke kelas tue? but where's the passion that she mentioned before? How come, when you commit into something, you didnt take responsibility? You joined the class, tapi kenapa mesti skip? I really cannot accept that excuses. Sorry, dia mungkin betul, tapi still, I cant accept.

I know Im not good at dealing with people, maybe thats why I felt that way. So now, we kinda have a cold war. Dia cakap "jangan serious sangat".....OK, fine! I memang a serious person. But thats not the reason I treated her that way, the BIGGEST reason is Im so disappointed at her that I cannot put a happy face in front of her now.

So I called Mama and had a chat with my sis, though they didnt know what's going on, but at least, I feel relieved now. Sekarang bolehla sambung makan!

Jya ne^^ sorry for all the harsh words.

p/s: Still adjusting myself.

p/s/s: gomen ne, bila I marah, memang campur. Bukan nak tunjuk terer ke apa yang sememangnya I tak terer lam English, tapi at least, dengan menggunakan English sedikit sebanyak boleh meredakan kemarahan I. ye lah, nak fikir and translate lagi.......huhuhuhu.....jadi kemarahan I sempat la sejuk =D

p/s/s/s: nak balik rumah sekarang jugak rasanya!

Day 7-10 :One shot

Assalamualaikum.

Memandangkan hari tu aku dah janji nak siapkan 10-days project nie, aku tetap akan siapkan. Maaflah terlambat sebab aku memang terrible giler dalam menyiapkan sesuatu yang mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

So, last time merupakan Day 6, hari nie aku akan teruskan dari Day 7 sehingga Day 10, dalam satu entry aje. Senang citer, tader dah nak tangguh-tangguh lepas ni^^

Day 10: 10 Final Words

1. Akhirnya dah nak abes jugak!

2. Lately aku semakin busy sebab lab dah starts, no time for flailing anymore =(

3. Aku memang Japanese's otaku, ada masalah?

4. Nak kereta......susah betul nak bergerak ke sana ke sini especially bila dah jadi students postgraduate

5. I love mama and abah, I love my family XDDD rindunya kat dorang!

6. Thanks for being wonderful readers^^ sorry sebab entry2 aku more of my personal life

7. Oh ye, lesen P dah tamat, maka akan dapat lesen besar...hehehe...excited! walaupun aku jarang drive

8. Sentiasa terbayang-bayangkan polaroid. I want one!

9. Semoga berbahagia selalu. Jangan lupa, selalulah senyum ya^^

10. Jya.....matta ne...adios~~~

p/s: phewwww.....finally. setelah berkurun lamanya nak habiskan. 


Day 9: 10 ways to win your heart

erkkk...yang nie memang tak ley blah......maaa.....whatever =D

1. Aku suka kalau orang bagi space pada aku. Maksudnya let me do whatever yang aku suka.

2. Talkative, tapi jangan terlalu banyak bercakap, kerana sememangnya sangat meluat dengan orang macam nie^^

3. Respect orang lain.

4. Kalau ada pertelingkahan pendapat, jangan asyik nak MENANG aje! Masing-masing ada opinion sendiri, jangan nak force orang terima pendapat diri sendiri~

5. Terima aku seadanya, insyaAllah aku terima pihak satu lagi seadanya

6. Greet me first! Kalau orang tak tegur aku dulu, aku memang tak tegur orang lah. Sebab tue orang cakap aku sombong =D

7. Tidak terlalu bercakap hal-hal yang dah lepas.

8. Selalu tersenyum =)

9. Jadi diri sendiri

10. Sekali lagi, respect my privacy =D This is very important!


Day 8: 10 Favourite Songs

1. Otsuka Ai-Planetarium. Mengingatkan aku pada something yang aku lost kerana diri aku sendiri

2. Backstreet Boys- Show me the meaning of being lonely. Lagu ni aku dengar masa zaman sekolah dulu. Tak tahu kenapa suka sangat dengan lagu ni. Tapi dorang nyer harmony memang superb!

3. Maher Zain- Barakallahulakuma. Lagu ni bila pasang je, mesti teringat kat adik-adik. Dorang suka sangat pasang lagu ni~

4. Precious One-KAT-TUN. Rindu nak dengar dorang ber-enam kembali walaupun aku tahu ia impossible. Lets move on, okay^^

5. 12 Girls Band-Silent Night. Bunyi flute dia, sangat merdu XDD

6. 12 Girls Band- Shiroi Koibito Tachi. Kinda reminds me of my asal-usul^^

8. Yiruma-Kiss The Rain. First time dengar masa kat Osaka, Farid anak Prof Hadi yang mainkan. Bila dengar terus jatuh cinta

9. Yiruma-River flows in you. Sweet melody^^

10. Sebarang lagu-lagu Jepun^^

p/s: Actually ada banyak favourite songs, tapi dapat share 10 je^^


Day 7: 10 Important People

1. Nabi Muhammad SAW

2. Mama dan abah

3. Adik-beradik yang gediques2 dan nakal-nakal

4. Kawan-kawan (TMS, MRSMKT, UTM)~rindunya korang semua XD

5. MEREKA (Japanese~sorry, atas sebab2 tertentu, nama dirahsiakan =p)....hehehe......

6. Sedara-mara~Kecoh rumah kalau ada dorang =D

7. Hurm......I want to put HIM here, sebab aku asyik tertanya-tanya siapakah gerangannya....hehehehe

8. Guru-guru dan pensyarah-pensyarah^^ atas tunjuk ajar mereka, aku berada di mana aku berada sekarang

9. My lab members, faculty of science^^ Dorang banyak bagi tunjuk ajar mengenai current research aku

10. Mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup aku, secara langsung atau tidak, dan kerana mereka, aku sedar bahawasanya dunia ini luas~

Tuesday, December 13, 2011

Osaka, till we meet again^^

Assalamualaikum^^

Hari ni, 13 December 2011 genaplah setahun kami kembali dari Osaka, Jepun. Buat yang tak tahu, kami ke Osaka, Jepun selama seminggu bermula 6-13 December 2010. Pejam celik pejam celik dah setahun kami meninggalkan bumi Jepun, yang pastinya meninggalkan kenangan yang sangat manis buat aku dan kawan-kawan.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk ke sana. Bila kenang balik, rasa kagum dengan aturan yang Allah dah tetapkan, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya dah tertulis. Nak dijadikan cerita, beberapa bulan sebelum aku 'dioffer' untuk join GOP ke Osaka, aku dapat tahu, my closest friend, akan ke Jepun, atas nama GOP kolej. Masa mula-mula dapat tahu, kecewanya hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Kebetulan, cinta aku pada Jepun dah semakin mekar chewah, keinginan nak ke sana memang dah tersimpan dalam hati, cuma ye lah, kos nak ke sana bukannya sikit, dan alang-alang nak pergi biar puas hati. Dan........apabila aku dapat tahu kawan kita sendiri nak ke sana, memang sangat sedih.

Tapi, rezeki aku, bila member-member SSA (Kimia Tulen) offer pada kitaorang tempat ke Osaka masa tengah discuss Harvard Business Case Study, time tu jugak aku setuju, tanpa berfikir panjang, dan tanpa meminta kebenaran mama dan abah. Nasib baik esoknya aku telefon, dorang setuju walaupun berat hati.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bertungkus-lumus, dapat juga jejak kaki ke Jepun. Jangan tanya kenapa aku SUUUUKKKKAAAA sangat Jepun, rasanya nanti panjang plop entry ni ^^ Dan, aku nak berterima kasih pada Nadira and the team sebab dorang la driving force pada GOP kali nie. Tanpa dorang, rasanya jadi hangat-hangat tahi ayam jugak =D

Jom kita tengok gambar^^

Bersama the team (kiri), dan lab members (kanan)

Last day bersama lab mates @farewell party (kiri atas) , the so-called maple tree^^ (kanan),
test pandai x guna shuriken (bawah)

Sepanjang berada di Osaka XD

Sepanjang berada di dalam lab~bersama lab mates dan pensyarah

Jom kita tengok video yang pernah dihasilkan oleh Nadira^^


Dan video di bawah ni pulak presentation mengenai GOP kami ^^


so begitulah kisahnya sepanjang kami berada di sana. Sesungguhnya kenangan di Osaka merupakan antara kenangan paling manis sepanjang pelajar Degree. Moga-moga ada peluang ke Jepun lagi^^

Jya ne^^ matta ne =D

p/s: Kalau ada GOP ke mana-mana sila-sila la bagitahu ya^^
p/s/s: mimpi ambil gambar dengan polaroid. ada sape2 nak bagi polaroid sebijik?