Thursday, December 27, 2012

sweet sour-masa form 4

Assalamualaikum

Tadi, masa tengah fikir baju mana nak pakai untuk esok, tiba-tiba teringat kenangan masa tingkatan 4. Boleh dikatakan, kenangan pahit jugakla bagi manusia yang tak suka konflik macam aku.

Ada satu hari, hari Rabu tak silap di mana sekolah aku (SMK Tengku Mahmud, Besut), macam biasa ada hari kokurikulum. Jadi pada hari itu, kami semua pakai baju tshirt sekolah warna merah dengan seluar slack/track hitam.

Nak dijadikan cerita, aku tak suka pakai seluar track sebab nampak menggelebor *besar*. Tapi nak pakai slack, x ada. So aku pakaila cotton slack warna hitam. Dari jauh memang tak nampak macam cotton slack sebab hitam. Dah beberapa kali aku pakai, so far x kena tangkap hinggalah pada suatu hari......

Masa kami tengah berbaris untuk perhimpunan, tiba-tiba cikgu disiplin sekolah *x ingat nama, tapi muka dia sampai sekarang aku ingat* sentuh seluar aku dan cakap "awak ke belakang". Ditakdirkan pada hari itu, aku didapati bersalah kerana memakai cotton slack ke sekolah. Dengan hati yang sebal, aku ke belakang, berbaris bersama-sama mereka-mereka yang terang-terang buat salah *pakai Jeans kaler biru muda pulak tu!* dan yang lain-lain. Apabila perhimpunan tamat, mereka yang selamat bergerak ke kelas sambil tertanya-tanya mengapakah kami berdiri di belakang, tidak bergerak.

Apabila semua pelajar telah masuk ke kelas dan tinggal kami yang 'bersalah', cikgu disiplin datang sambil menggepal buku tebal untuk dijadikan sebagai rotan. Akibat kesalahan kami, kami disebat di tangan dengan buku yang tebal itu. Sakit memangla sakit, tetapi sakit di hati lebih parah!

Selesai hukuman, aku kembali ke dalam kelas dengan hati yang saaaaaaangat sebal! Pertamanya, aku tak rasa aku buat salah. Tidak dinyatakan pemakaian cotton slack ke sekolah adalah salah. Hehe
Keduanya, MALU sangat! bayangkan kalau the-so-called-crush you nampak! OMG! Mana nak letak muka!!!!

So sampai sahaja ke kelas....oh lupa, hari tu kami ada test mathematic, dahla masa pertama. Hati belum settle down lagi, nak kena jawab test pulak T____T what a day. Ummmm....aku masuk ke kelas, cikgu math aku faham apa yang berlaku bertanyakan pada aku "OK ke nak jawab test". Aku angguk aje lah. Nak jawab tak OK, tak pasal2 dapat F. So, cikgu bagi kertas soalan pada aku dan aku merenung je kertas soalan tu. Kelas pada waktu tu dah senyap memandangkan dorang da start awal daripada aku.

Masa aku belek kertas soalan, tiba-tiba aku rasa sebak lalu aku terus menangis! OMG!!!! aku menangis sambil menjawab soalan MATH! memang.........Xyah cakapla, baju dah basah dek aku kesat air mata.....Bukan senang nak tahan diri dari menangis, especially masa tengah jawab test! macam-macam aku fikir masa tu! Rasa marah, sedih, kecewa....SEMUA!

Agak lama jugak baru aku boleh tenangkan diri. X keluar pun dari kelas. Still duduk kat seat sama sambil renung kertas masa nangis. Lepas da reda, emosi da stabil, aku terus jawab soalan. Buat aje....betul atau salah dah tak kesah =(

Nak dijadikan cerita, masa result keluar, aku dapat the highest mark dalam Math! Soalan math yang aku buat dalam keadaan menangis, aku dapat the highest! Oh my......memang awesome!

Hahaha....tu la antara pengalaman waktu form 4 masa sekolah tu before aku pindah MRSM Kuala Terengganu. Sebab merajuk dengan sekolah tu la aku pindah sekolah.....hahaha...just kidding. Sampai sekarang, honestly tiap kali teringat peristiwa tu, hati rasa.....sebal....kecewa....Betul ke aku buat salah masa tu? hmmm.....

Benda dah 6 tahun dah, tapi still clear dalam kepala =D Tapi macam orang cakap, let bygone be bygone. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Bye~~~