Showing posts with label family gue.... Show all posts
Showing posts with label family gue.... Show all posts

Monday, May 28, 2012

mimpi

Assalamualaikum

Malam tadi, lepas dah siap menulis entry yang sebelum ni, aku masuk tidur. nak dijadikan cerita, apa yang aku tulis dalam entry tu bermain balik dalam mimpi, tapi dalam versi yang lebih nasty =P

Begini kisahnya.....

Dalam mimpi aku, aku ditawarkan sambung belajar di tingkatan 6 di MRSM (wat de? MRSM ada tingkatan 6?). So dah settle semua hal, aku kena masuk kelas. Nak dijadikan cerita, hari pertama kami di sana, kitaorang dah kena marah dengan cikgu yang paling garang yang pernah aku kenal dalam seumur hidup aku. Serba-serbi yang kami buat tak kena, mesti kena marah. Tidak dapat menanggung kesusahan hidup di sana, aku mengadu pada ayah aku yang kebetulan masih lagi berada di situ (errr, x balik rumah gamaknya). Aku ingat apa yang aku bagitahu pada ayah aku, "Abah, kakak dah tak sanggup nak duduk sini. Boleh tak kakak nak balik rumah?" sambil menangis. LOL

Then mimpi aku aku melompat. Aku berada di kawasan rumah kami di PD. Nak dijadikan cerita, aku dengan seorang wanita yang aku tak kenali menaiki sebuah motorsikal, sedang meneliti paip air di kawasan perumahan tersebut. Lepas satu-satu kami check. Rupa-rupanya kami dikehendaki mencari kod untuk deactivate bomb. LOL. Ala-ala Running Man gitu. Setiap mission ada masa yang diberikan. Dan, kesudahannya kami gagal mencari kod yang diberikan. Tiba-tiba ada seorang lelaki dengan sniper (aura orang jahat) datang ke arah kami lalu menembak kami, tetapi satu tembakan pun tidak mengena. Namun, bangunan di kawasan perumahan kami musnah ditembak oleh sniper (errrkkkkk).
Sampai situ sahaja aku ingat mimpi aku.

Bila aku fikir balik, somehow aku rasa mimpi aku macam meluahkan apa yang benar-benar apa yang aku rasa sekarang. Hohoho. If you can catch the meaning la......Tapi walau apa pun, I wont stop now! I want to finish what I started, so please pray for me.

p/s: Baru lepas gayut ngan Kak Cik, she cried.....Membuatkan aku ingin pulang ke rumah sekarang! I WANT TO GO HOME!!!!

Sunday, May 27, 2012

suara hati seorang anak dan kakak

Assalamualaikum

Sambil menulis entry ni, sambil dengar lagu Tohoshinki 'Bright'. Walaupun lagu ni dalam Japanese, rasa sayu tetap terasa *ada kaitan?*

Hari ni, adik perempuan aku Kak Cik, Mama dengan Abah akan bertolak ke Sarawak untuk pendaftaran kak cik ke UNIMAS. Alhamdulillah, dia dapat buat asasi selama setahun di sana. Sudah tentu, orang yang paling gembira ialah parents kami. Teringat masa aku called abah untuk inform pasal kemasukan ke UNIMAS, bukan main gembira lagi suara abah. Hohoho. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rahmat ini.

Bila difikirkan balik, antara 8 adik-beradik, kak cik selalu dapat tempat yang aku namakan sebagai "PELIK". Pelik bukanla WEIRD tapi pelik dari segi tempat dia ditawarkan belajar. Contohnya selepas UPSR, dengan result dia, alhamdulillah dia ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh (SBP). Tetapi yang dahsyatnya, dia dapat di Pekan, Pahang. Pada waktu itu kami sekeluarga menetap di Kelantan, aku dan 2 adik lelaki aku belajar di Terengganu. Nampak tak betapa jauhnya dia kena merantau.

Kemudian, kak di (muda dua tahun dari kak cik) dapat tawaran naik tingkatan 1 ke MRSM Terendak, Melaka, ketika itu, kami dalam proses berpindah ke Posrt Dickson, Negeri Sembilan. Manakala aku tercampak ke Johor, dua adik lelaki aku dapat sambung belajar di KL. Jadi bila family aku berpindah ke PD kita dapat lihat family aku 'berpusat' di pantai barat (kecuali aku yang jauh ke selatan). Tetapi, kak cik tetap setia di Pekan sehingga ke tingkatan 5. Maka berulang-alikla kami sekeluarga dari Kuala Lumpur ke Melaka ke Port Dickson ke Pekan ke Terengganu and vice versa.

Dan bermula esok, kak cik akan mendaftar di UNIMAS, Sarawak sebagai pelajar asasi selama setahun. Maka di sini aku simpulkan sekali lagi bahawasanya kak cik tercampak jauh ke Sarawak, sedangkan kami masih di pantai barat =P 

Pada aku, memang agak pelik dia dapat di Sarawak, no one expect she is gonna live there. Aku honestly nak adik aku dapat di Johor, sama-sama tercampak dengan aku. Tapi rezeki dia di sana, siapalah kita nak menolak kan? huhuhu.....

Tapi sayang, hari ni kesemua adik-beradik aku except aku sebagai anak sulung menghantar kak cik ke airport. Sedih tau tak? Dahla tengah tension dengan assessment yang akan datang (aku ada 3 presentation dalam masa dua minggu). Nak tak nak, aku menahan diri dari balik ke rumah minggu ini sehingga dua minggu lagi. Sedih sangat, sebab next time bila aku balik rumah, tinggal adik bongsu aku je. Takkan nak main dengan dia? Sebenarnya boleh je, tapi homework dia lebih diutamakan daripada keinginan seorang kakak yang mahu bermain dengan adik-adiknya. LOL. Bila kira-kira, kitaorang lapan beradik dapat berkumpul ramai-ramai semula bila nak dekat raya which is two months away! Tu aje! Sedih betul.

Kalau ikutkan, aku sebenarnya tak berapa setuju dengan sistem semester break yang baru ni (walaupun aku students research, i still have my semester break okay ;P). Mana taknya, kalau dulu, budak-budak sekolah cuti, budak universiti mesti cuti. Kalau ikutkan sistem lama, sekarang ni kitaorang da start cuti taw! Tapi sejak pakai sistem baru ni, cuti kitaorang start bulan 6 ni. Tu pun tengah-tengah di mana cuti sekolah dah pun berakhir. Habis, masa bila kitaorang boleh berkumpul sekeluarga? *selfish* indeed I am! Emo sebab tak dapat balik. Rasanya kalau pakai sistem lama, kitaorang nyer assessment dah lama lepas!? *im not blaming the assessment, in fact im blaming the pertukaran sistem semester break* Let me be honest, I hate it! Selalu sangat tak dapat balik bila dorang semua berkumpul di rumah.

Tapi asyik kalau-kalau, it wont gonna change anything, right? Aku tak faham kenapa sistem semester break ni kena ubah. Apa masalah pakai sistem lama? Siapa-siapa yang tahu silalah share ye because I honestly dont know about it.

Dahla, malas da nak tulis panjang-panjang. Introduction proposal aku pun tak panjang macam ni. tulis panjang-panjang banyak lagi ketidakpuashatian aku pada sistem baru ni. grrrrr.....

Dear kak cik,
Tahniah dapat masuk UNIMAS. Make sure hargai peluang yang ada, dan buat yang terbaik. Jaga diri sepanjang berada di Sarawak, jangan lupa solat, jangan lupa untuk selalu kol mama dengan abah, dan yang penting, bawak balik khazanah sarawak ye. Gurau je! Kakak doakan you berjaya dunia dan akhirat, be a good daughter untuk mama dan abah, dan tunjukkan bahawa berada di Sarawak tidak menghalang kak cik dari selalu balik rumah....kekekekeke.....Next time kakak balik rumah, Im gonna miss moments kita tengok Running Man sama-sama, gelak jahat sesama, dan kakak akan rindukan masa mengarah kak cik buat kerja rumah. Now I have to do it alone !______! selalulah balik "Malaysia" ea.

p/s: Ada budak tu excited dapat fly "oversea". Ye lah, over the sea!
p/s/s: Hitori jyanai !______!
p/s/s/s: can I cry now?

Wednesday, December 28, 2011

Family Day

Assalamualaikum

Weekend yang lepas, aku berkesempatan untuk pulang ke rumah setelah hampir rasanya 2 bulan tak balik. Of course, balik rumah, duduk di rumah bersama keluarga is the best! Tapi, kepulangan aku kali ni bukan setakat bercuti dan lepak-lepak kat rumah, tapi tempat kerja ayah aku ada Family Day dekat Kem Asahan, Melaka. Dan aku rasa Family Day akan meninggalkan deep impression pada aku sebab buat pertama kalinya aku belajar sesuatu yang aku rasa once in a lifetime nyer experience. Cuma yang tak bestnya tak ada Flying Fox ke, abseiling ke....Kalau ada....perghhhhh......

Okay, aku sebut Family Day Family Day, tapi apa kejadahnya Family Day buat dalam hutan? Bila aku sebut hutan, memang hutan la....aigooooo.....okeh, dah start merapu!

OK, let's go straight to the point. Antara sebab kenapa Family Day kali ni meninggalkan deep impression pada aku adalah kerana buat pertama kalinya aku belajar menembak. Yeap! anda membacanya dengan betul! MENEMBAK! Antara senjata yang aku sempat guna ialah M 16, Silencer, dan pistol HK! Jom kita tengok picca.
Oh, atas sebab-sebab tertentu, gambar masa aku guna silencer tak dapat ditayangkan. Harap maaf^^

Masa guna M16

Masa guna pistol HK
Dalam masa senggang kami, sempat kitaorang ambil gambar adik bongsu kitaorang. Yang kelakarnya, bila kitaorang tak layan dia, dia akan menjauhkan diri dan create his own world. LOL~~~kitaorang gelar Ombak Rindu ke-2. hahahaha. Jom tengok adik bongsu kitaorang ^^

Fahmi; di dalam Ombak Rindu ke-2
Penat memang penat. On the next day ada sukaneka tapi memandangkan aku dah besar, so tengok aje^^
Sepanjang Family Day ni, ni lah first time aku tengok abah pegang senjata. Kakkoi yo! Pernah tak aku mention aku suka tengok orang pakai uniform, especially tentera? hehehehe.....yup! Orang pakai uniform especially uniform tentera memang cool!

Dan, buat pertama kalinya aku memegang senjata, menggigil seyh! Dahla M16 dengan silencer tu berat. Tangan dan jugak bahu dan jugak belakang aku sakit lepas dah try guna senjata. Yang kelakarnya, habis juling mata aku nak aim! Tapi satu pown tak kena target! pfffff......

Yang paling best bila pegang pistol. Berat jugak benda alah tu. Tapi aku rasa cam cool sangat-sangat bila try menembak guna pistol....hehehehe.....

Hurm......tapi tu lah, kalau ada flying fox dengan abseiling, confirm mantap family day kali ni! Papepun, seronok sangat dapat pengalaman pegang senjata buat pertama kalinya walaupun tiap kali nak pegang tiap kali tu menggigil, dan yang penting kami 8 beradik dapat berkumpul sekali lagi. Bukan senang kitaorang 8 beradik nak duduk satu tempat dalam satu masa. Ye lah, sistem cuti semester yang baru ni, somehow buat kami susah nak jumpa. Mesti akan ada salah seorang daripada kami yang tak pulang =(

sampai situ sahaja. jya ne!

p/s: x puas balik rumah =(

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

Assalamualaikum~

Tader mood rasanya nak study slide presentation. Tapi....kena paksa diri jugak^^

Hari nie, aku buat plan paling gila yang aku sendiri tak sangka
Aku berkomplot dengan adik2 aku untuk beli present untuk Mama, iaitu sutera digital
harganya boleh tahan jugak, buat aku berpeluh2 memikirkan patut ke tak aku beli
perghh....RM 330, macam2 aku boleh shopping ngan duit tue.
Sutera digital yang aku beli buatan Terengganu, design and color dia sangat cantik
hurm......sekali sekala abeskan duit untuk mama apa salahnya
tapi last2 abah gak kena cover harga kain....kehkehkeh...Thanks abah
anakmu ini tidak mampu untuk membayar penuh kerana ada benda lain anakmu ini plan nak beli
anyways.....semahal mana pown presents yang kita bagi kat emak kita
tiada apa yang boleh kita ganti dengan jasa yang mereka telah taburkan kepada kita sejak kita kecil sehingga la besar.

buat Mama,
i love you so much
walaupun kakak sebagai anak sulung, tapi kakak x macam anak sulung pown kan??? hehehe...
sanggup terima kelebihan dan kekurangan anak2nya
bersabar dengan kerenah anak2nya yang seramai 8 orang
masakan mama la de best.....sangat suka masakan mama
shopping ngan mama kompem MANTAP!!! suka saaaangat......
you are the best mother in the world <3
thank you for everything yang mama pernah dan akan buat untuk kami adik beradik=D

p/s: rasa nak nangis pulak=)

Mama with me and mek Di...harhar....masa wedding kazen
p/s: nak balik rumah!!!!!!!!!

Thursday, April 28, 2011

family

Assalamualaikum

Petang tadi, dah dekat2 maghrib, tetiba abah telefon
As usual, abah akan tanya exam macam mana
haha...
esok start the first paper, so gambarimasu! (I'll do my best)
And as usual jugak
abah akan tanya ada pape masalah
cam besa, no problem...hahaha
sampai nak letak fon pown abah akan tanya ada apa masalah
haha...

while talking to abah
aku terdengar adik2 aku yang bertiga tinggal kat umah
(abang teh, zizi and fahmi)
tengah main kat belakang
tetiba masa terdengar rasa sayu jer
rasa cam nak terbang balik rumah sekarang
lebih kurang 3 minggu lagi dok UTM
tapi siyes rasa cam da tak sabar sangat2 nak balik
rindukan masakan mama
kena marah ngan abah selalu jugak kena...hehehe
gadoh ngan adik2, main badminton ngan dorang
uwaa.....mau balik
tapi,
apakan daya
kena selesaikan dulu apa yang belum selesai
final exam, viva, thesis, etc
InsyaAllah, sampai masanya
sampai jugakla aku kat umah
mau makan banyak sampai da tak larat dah

atashi no kazouku desu (my family). Mostly gambar diambil daripada wedding kazenku last year? er...
gambar abang teh n fahmi, 2 naughty boys....
and lastly my beloved mama and abah. I love you<3
p/s: nak balik rumah sekarang jugak! tapi....x kan nak abandon kerja yang berlambak kat UTM ne....huuuuu
sabarla diri ini~

Saturday, March 5, 2011

hepi birthday

Assalamualaikum~

Hari nie, dah masuk 5/3/2011
dalam tersedar, rupanya aku terlupa bahawasanya hari nie
birthday adik aku and kazen aku!
yup, they share the same birthday
sorang lahir 1990, sorang lagi tahun 1991*my brader*

dipendekkan cerita,

Otanjoubi omedetou to my brother
Mohammad Fathi bin Abd Hakim
hari nie dah genap 20 tahun dah....
besa dah adik aku yang ne....
kehkehkeh.....
adik aku nie, aku ley share pape sal Jepun....tabun..
dan yang paling best, bahasa jepun dia lagi advance dari aku^^

dan tak lupa jugak
kazen tersayang eceeewahh
Nurul Eeffah binti Awang
kazen aku yang muda 41 hari daripada aku
selamat masuk ke dalam golongan orang 21 tahun
hehehehe.....
walaupun kazen aku nie muda 41 hari daripada aku
yang pasti beliau jauh lagi matured dari aku....
hihihi

to both of you,
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki
berbahagia selama-lamanya~

p/s:memandangkan kalian ada duit masing2, so belanja sendiri2 la yer^^

Wednesday, December 22, 2010

regardless of....

Assalamualaikum

Apa khabar sedara-sedari???
First of all, ingin saya memohon maap kerana tak update citer sal Osaka....actually banyak lagi nak kongsi, well terlalu banyak tetapi disebabkan rasa malas, saya tangguhkan dahulu....hehehe
InsyaAllah bila rajin, saya akan update...bila rajinla...

Keduanya.....
Seronok benor mak sedara serta sepupu2 pergi berjalan2 ke Singapore....jealous??? mochiron desu (of course)...i've never been there before, so teringin jugakla pergi.....neway thats ok becoz aku pown baru balik dari Osaka, tetiba nak gi Singapore...ingat mama and abah cop duit ke???wakaka....
well, as long as they have fun, im cool...ehehe....

so thats all....wait for my updates kay....

p/s: any souvenirs???hehehe

Saturday, November 20, 2010

konvo + naik pangkat

nie mungkin terlalu awal untuk wish
tetapi...
sementara masih ada masa dan masih teringat

untuk my beloved Mama
Congratulations for your graduation
and tak lupa jugak Che aka Madam Hasmah Abas
my aunt
kerana bakal menerima ijazah dalam bidang pendidikan@perguruan
di PWTC esok^^
yang sedeynya i couldnt join them tomorrow kerana 2 papers kena sit pada hari Selasa ne
sob sob
yang pastinya tahun depan depa nek gaji^^ shopping shopping=D

and and
Congratulation to my beloved Abah
untuk naik pangkat
yang rasanya pertabalan tue hari Isnin ne kalu tak silap
daripada pangkat Mejar kepada Leftenen Kolonel aka Leftenen Kenel
im not sure how to spell it =p
hehe...bila naik pangkat, naikla jugak gajinya
tho im not sure berapa sebenarnya gaji abah and mama
tahu mintak jer

Alhamdulillah, rezeki buat kami sekeluarga
syukur pada-Mu Ya Allah.
semoga Allah merahmati kami sekeluarga =D

p/s:besnyer kalu ada smiley yang bole gerak2 just like my journal...it will be more fun to write XDD

Thursday, November 18, 2010

Port Dickson

2326 18/11/10 Thursday

Assalamualaikum~

Hari ne, kami sekeluarga ada majlis qurban dekat PD, tempat abah bekerja
As usual, kitaorang yang muda ne bukan wat kerja...huhu...actually, nak buat jugak, cam potong sayur ker, kupas bawang ker, tapi makcik2 conquer sumer...so kitaorang melihat2 ajer=p
okay, im not going to talk about this, but i wanna share something, which i think VERY IMPORTANT TO ME...huhu
first of all, congratz to abah sebab naik pangkat kepada Leftenen Kolenel (mcm ne ke ejaan dia??)
alhamdulillah, Thank You Allah=D
after 16 years dengan pangkat Mejar....and next year we're going to move to PD...YAY!!! I LOVE PD XDDD
yes! dalam pertengahan bulan 12 ne, barang akan diangkut dari Kok Lanas ke PD...well tak banyak barang coz da ada umah sendiri kat Padang Luas, so bawak barang yang simpan kat Kok Lanas jer=D
and petang tadi, after majlis qurban tu abes, kitaorang round robin round PD....antara tempat yang kitaorang pergi ialah rumah lama kami kat Quarters Tentera...tengok bakal umah baru kami*x baru pown, quarters lama^^*
kitaorang tengok rumah yang pernah kitaorang duduk masa aku lam darjah 2...haha...teringat kenangan dulu2....well, masa kecik2 aku n adik2 agak nakal, suka main kat luar umah...antaranya Istana Takeshi, pergi haunted house yang x haunted pown, and yang paling dorang ingat, AKU KENA TEMBAK NGAN ANAK UNCLE NORDIN, Amin! ceit!! yang tue gak dorang ingat~~~fufufu
sakit ow...kena tembak...hahaha....tapi banyak kenangan kat umah tue...sebab tue aku suka dok PD, tapi ya la...everything is different now....I MISS MY CHILDHOOD FRIENDS AND MEMORIES THERE=D
pastue, abah bawak kitaorang ke sekolah lama dulu...SK Panglima Adnan...sekolah aku masa darjah dua dan tiga...kitaorang gi skolah naik truck askar...haha...best!! pengalaman yang tak sumer orang ada =D
then, pas Asar, kitaorang mandi pantai kat Tanjung Biru, dekat ngan kem abah aku kerja....pantai dia bole tahan, air dalam...yang sedey, aku tak mandi...malas nak tukar baju~~~
yang best kat pantai tue, dorang ader service Banana Boat and Drift....waaa....aku nak men!!! tapi baju tak bawak *menyesal2*
walaupun abah tak kasi kitaorang main banana boat*dengan alasan mahal* tapi actually abah nak main gak...sebab abah asyik tengok jer masa bot tue lalu.....wahahaha
kesimpulannya nak gi pantai bawak baju extra walaupon tak main XDDD

thats all for today~ponat but Im happy...tomorrow kena gi Johor and balik college...im gonna miss home~Jertih

p/s: PD, wait for me...I will come and explore XDDDD

Friday, July 23, 2010

Syukur=D

18.46pm 23/7/10 Friday

Assalamualaikum

Petang tadi, mama called aku..around 2 ptg
Mama cakap, adik aku Angoh@Bengoh^^
dapat tawaran wat diploma kat UTM
wat Sains Komputer, 3 tahun kat UTM KL
Alhamdulillah=D
Akhirnya impian adik aku nak masuk U pown tercapai
pulak tue dia wat kat UTM
aku jadi senpai dia
*senpai=senior*
^^
cho ureshi*sangat gembira*
and and masa petang tadi aku called mama
coz adik aku nak kompemkan ngan ayah aku dulu, bole tak dia blajar kat UTM
dorang bagi green light!
yela, hari tue dia dapat tawaran kat Unisel, tapi tak bole pergi
coz tue IPTS
paham2la IPTS, blanja tinggi
belum tentu senang bila kerja
at least IPTA, orang taw blanja tak tinggi
blajar sungguh2 senang nak further study, especially ke UTM

back to my point, masa aku tepon mama
lepas da dapat green light
mama cakap dia lulus PTK
*lupa plak PTK stands untuk ape^^!
Alhamdulillah
dalam masa seminggu ne, rezeki mencurah2
aku pown dapat taw, mama n abah dapat surat tawaran
dorang dimasukkan sebagai standby wat haji musim ne
Alhamdulillah
InsyaAllah, kalu musim ne tak pergi, musim depan jika ada rezeki, kesihatan
boleh pergi
tapi aku berharap mama dan abah g musim ne
coz masa raya haji aku ada final exam
kalu dorang pergi, rasanya aku tak balik rumah kowt
well depends
InsyaAllah ada rezeki tak ke mana

p/s:baru beli external harddisk 320Gb, RM 205 kat PC fair di UTM
fuh...abes RM400 sehari....haila....boros2....

Thursday, July 15, 2010

sedang menahan perasaan

22.13pm 15/7/10 thursday

Assalamualaikum....

sekarang, saya sedang menahan perasaan marah
kenapa saya menggunakan perkataan *saya*??
kerana jangan disimbah minyak ke atas api yang marak

saya baru sahaja sedang lingering around facebook
besala, sekali sehari sahaja buka fb, dan tak ambil masa yang lama untuk berada dalam komuniti fb
kerana saya tak suka berada lama2 dalam fb
hanya membaca sebarang pengumuman yang dibuat

dan saya ternampak adik saya nyer post(Fathi)
adik saya selepas saya*kalu da namanya adik, mesti lahir lepas saya kan???*
whatever
dia ada post

jepun / mandarin / arabic.... mna y sng???

so bila nampak perkataan jepun, saya pown excitedla
almaklumla, bila berangan nak ke sana

dan keputusan adik saya, dia kata ambil bahasa jepun
ok it is a great news!!!
demo.....(but)
adala hamba2 Allah ne, dia comment something yang aku rasa its a bit rude
bagi aku itu bukan cara comment/bagi cadangan yang betul
mcm memaksa seseorang ikut cadangan/nasihat dia
memang tak dinafikan comment yg diberikan betul
tetapi tak kena pada caranya
bila saya baca, saya rasa mcm nak meletup!!!
kerana saya merasakan ianya terlampau
*jantung saya berdegup pantas-ia tak bagus untuk kesihatan*

di bawah ini comment yang saya copy dari fb
well, ia terpulang kepada individu
kalu setuju dengan saya, saya tak kisah
kalau tak setuju, saya lagi tak kisah

first comment yang saya rasa .... : ambk arab la... bhasa al quran... apo la mg thi...(thi ni nickname adik saya)

second comment yang buat saya rasa berapi : ambik la arab.. spe lgi nk bljr klau bkan org Islam sndri...
time tue saya pk, begini ke sepatutnya kita bagi cadangan???bagi depa, maybe tue besa, tapi bagi saya yang ada comment di dalam, dan beria2 cakap tak kesah kalu ambil bhs jepun pown, saya sedikit terasa....maybe saya ne bukan manusia atau hamba Allah yang baik, saya tahu, dan saya juga bukan seperti mak2 @ bapa2 sedara saya yang warak lagi dihormati serta sepupu2 yang sangat saya hormati atas ketinggian ilmunya, tapi salahkah jika seseorang itu mempelajari bahasa lain selain bahasa Arab? salahkah? memang tak dinafikan bahasa arab bahasa al-quran, malah saya sangat kagum dengan sedara mara saya yang ambil bahasa arab, malah saya juga ada adik yang belajar di sekolah arab, tapi salahkah saya meminati bahasa jepun atau bahasa lain? salahkah adik saya ingin mencuba sesuatu yang lain? perasaan saya sekarang, seperti menahan empangan yang tunggu masa aje, bila saya pk adik saya seperti di'blame' kerana dia tidak mengambil bahasa arab.
jika diikutkan perasaan saya, mahu sahaja saya meng'sound' orang yang comment seperti ini. tapi apa faedahnya.

so saya yang seperti gunung berapi hampir meletup pown membalas : the thing is, you do what you think you want to do, and what you can do...opinion is still an opinion, and its you who decide your decision...we support you=D
tapi buku bhs jepun jaga baik2, nanti bwk balik masa raya....bole blajarXDDD

saya da tidak peduli grammar tertunggang-terbalik, yang pasti bila saya nak marah, saya akan terspeaking...cara ini buat saya beradab dalam berkata2...kerana saya translate dahulu apa yang saya nak cakapkan...so ia akan ambil masa...huhuhuhu....

dan ini apa yang adik saya reply : camni r... ak bljr dua2... but right on ak nk focus skit lam japun ni...(rasa mcm adik saya dipaksa, dan saya rasa kesian padanya, walaupun dia tak minta pown)

ahhh...saya pernah pk, orang melayu suka ikut orang lain....tak suka nampak berbeza...bila sedikit berbeza, orang akan bercakap2, dan mereka akan tinggalkan orang yang berbeza, tapi tak penat ke....seperti tiada identiti....i mean, ia bukan you yourself...thats what i experience...a lot...susah...saya pown da tataw nak buat mcm mana...
saya sendiri rasa mcm saya tak tahu, mcm mana diri saya sebenarnya....ntahla....mls nak pk
*tetiba out of topic*

sedikit terkesan dengan kejadian di atas.....rasa mcm tader mood dan segalanya

p/s : maaf jika tersalah bahasa, tersalah cadangan/opinion or what-so-ever.....perlu luahkannya jugak!!!

Sunday, April 4, 2010

just...sumtink to tell

23.32 pm sunday 4/4/10

Assalamualaikum....

Hepi belated bufday to my brader
Abg teh and my ex rumate-chah

Adik aku ne da masuk darjah 6, so tahun ne UPSR
da nak UPSR, tapi mainnya, kuat...
tak macam budak nak exam...
well, dats my brader=D


dis are my braders. yg sebelah kanan 2 bongsu, and bufday boy di sebelah kiri
gambar amik raya tahun lepas. bukan yg baru2 ne, yuk
comey kan dorang..hukhuk....windu umahXD

masa ngah tgk gmbr family lam laptop tadi, tiba2 rasa cam nak balik sangat....
sayu je rasa....wuuu...nak exam ne la homesick....apa bley wat, da nak rasa
sabor yer, 2 minggu je lagi....
lagipown exam stat hari selasa ne....
tak sabar...cepatla abes....

and tomorrow, aku ad hal yg sgt penting...
hopefully benda ne leh setel...aku da tak kira...
da satu sem aku dok buat benda sama...dan ia sgt membebankan aku....
kalu ikutkan hati, da lama aku give up...biarla apa org nak cakap...
tapi aku taw, bila aku give up, maknanya aku wat separuh jalan...
dan bila separuh jalan, aku sure akan menyesal satu hari nanti...

tapi rasa give up tetap ada...slagi tak setel...aku pown tak paham kena liat sgt benda alah ne nak setel...
susah benor ke????
ia melibatkan ramai org, so aku betul2 harap esok akan berakhir...
plez.....aku da tak sanggup da....
biarla aku jawab exam kali ne dengan tenang...
cukupla dan ia memang pengajaran kepada aku...
doakan aku smoga esok sgala2nya berlalu dengan tenang...
hopefully aku boley balik dengan gembira, dan esok taderla yang kena maki hamun,
or kena sumpah seranah, or menangis bagai nak rak...
so wish me luck<3

p/s : sebenarnya tue je yang aku nak bagitaw....nanti bila da setel aku gtaw apa sebenarnya yang membebankan aku...im gonna tell u from A to Z...wish me luck k!!!really hope for THAT THING done successfully...plez.plez



Wednesday, March 31, 2010

TAHNIAH=D

18.11 pm 31/3/10 wednesday

Assalamualaikum...

Tahniah kat angoh, my brader
Hari ne berjaya wat lesen P....
wa...kejap jer adik aku mahir...2 minggu jer
aku dulu hampir dua tahun
whahaha....ye la mcm2 alasan tak nak bawa keta
kem la, forecast la...
huk huk

aku rasa lam kami 3 bradik yang ada lesen,
aku yang paling hampeh
memang pown....dorang ne super brani bawak keta
adik aku bawah aku
tinggal brape bulan aje lagi nak wat lesen besar
aku plak baru dapat
wahahaha
yang baru dapat hari ne, tgkla nanti
merayap ke mana gamaknya

kenapa la aku ne penakut sangat
even cikgu keta pown cakap bawak keta tu
berhati2 sangat
haish....nak jadi berani tapi tak berani
hari tue kononnya nak berani
masa mak aku tader kat umah
aku try bawa kelisa...
tapi kuar pagar umah powm tak mampu
adik aku yg jadi 'cikgu sementara'
hanya mampu geleng kepala
sebab penakut sangt....
lepas kuar dari keta
boleh rasa bertapa menggeletarnya
tangan ngan kaki

dorang memg advance dari segala segi
aku memg tak mampu lawan

mcm mana la agaknya nak drive keta
masa wat LI
sure mak ngan ayah aku akan wat exercise style rejim nyer
hari tue da kena da skali
ngan ayah aku
memng pergh....tak sanggup dikenang
lepas abes berlatih bawak keta
seharian aku monyok
wuwuwu....
self esteem aku
sangat low, kan!

p/s : hari2 cuba ingat kat mana break, clutch n minyak
benci nyer ada keta manual kat umah. slagi tak mahir keta manual,
jgn harap leh pakai auto....sob2

Friday, November 27, 2009

AidilAdha...

27/11/09 16.26 pm friday

Assalamualaikum....
Salam AidilAdha buat semua umat Islam di seluruh dunia...
Cakap pasal AidilAdha, mesti akan pk sal korban....
Hari ne cam tahun2 yang lepas, kami sekuarga akan braye kat umah atuk belah ayah aku....
5 minit perjalanan ngan kereta da sampai, tak jauh pun dari rumah family aku...
dan macm tahun yang sudah2, lepas solat sunat aidiladha, kitaorang ramai2 akan tengok acara menyembelih lembu, yang lelaki akan menunjukkan kepakaran masing,
yang perempuan tengok aje...huhuhu....
tunjuk tangan yang penuh ngan darah, semua lari....wakakaka....bukan apa, takut baju kotor...
lepas da buang kulit2, tiba masa membahagikan daging mengikut bahagian masing2....
yang tu pun bahagian orang lelaki, yang perempuan dok kat dapur, siapkan bahan nak buat daging bakar, daging singgang ngan daging goreng.....
serba serbi daging.....
walaubagaimanapun, ia tetap meriah, tengok orang bergotong-royong....
tengok ajela....
dan kebiasaannya turn kami yang muda2 ne lepas orang da abes makan.
apa lagi kalu basuh pinggan....hahaha....


beli2. rm 10 sekilo.....

suasana sibuk di dapur....

ada banyak lagi gambar, tapi malas nak uplode...yang dalam kamera pun tak simpan lagi...ngan mak sedara aku yang bek hati lagi banyak...hehehe

p/s : chik nanti transfer gambar eh!!!