Showing posts with label JKM'09 KRP. Show all posts
Showing posts with label JKM'09 KRP. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

reunion

Assalamualaikum

hampir setahun, kami tinggalkan JKM
banyak suka, banyak dukanya
semuanya pengalaman berharga~
jadi, malam ini, setelah hampir sebulan merancang, terlaksana jugak Reunion JKM'09.
walaupun hanya separuh yang hadir disebabkan kesibukan 'melampau'- ada yang jadi MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa), Final Year students, felo, masters students dan banyak lagi
kebetulan minggu ini aku suder duper busy dengan pendaftaran pelajar Ekspress UTM-Mara (Forecast) dan aku menggatalkan diri menjadi fasi/ejen/krew/whatever.
masuk sem nie, terasa beban kat bahu sangat besar, lagi besar dari semasa aku jadi JKM dan aku rasa sangat penat~mentally and physically
no more enjoy2 cam dulu, no more jdorama cam dulu, no more shopping2 cam dulu (sumer benda yang tak der faedah)....huhu
tapi malam ne, masa reunion, aku rasa cam separuh beban tue hilang...seteruk2 mana pown kami dulu, aku tetap rindukan suasana JKM 2009
menu kitaorang malam ne tak len dan tak bukan nasi ambeng, air orange, tembikai serta cake, and jajang (gini ke ejanya??)
after that, kami adakan sedikit game, that is kotak beracun....hadiahnya merupakan hadiah kami sendiri a.k.a exchange hadiah cam gitue
kotak beracun tue, kami kena pick satu kertas yang ada nombor dan nombornya merupakan nombor untuk soalan teka-teki.
time tue, memang ketawala....lawak sangat2, dengan jawapan yang tak berapa nak bernas...besala teka-teki, jawapannya mesti fikir out of the box....
and then bila da abes, sorang member nie, dia volunteer bagi teka-teki
aku tak berapa ingat sangat teka tekinya, tapi cam lebih kurangla~maybe aku ada tambah perasa sedikit

ada tiga orang kawan, Abu, Raju dan Chong. Dorang gi jalan2. Raju terjumpa satu kedai lalu masuk ke dalam kedai. Chong pown terjumpa satu kedai lalu masuk ke dalam kedai tersebut. Abu pown menyambung perjalanannya ke rumah Raju. Ayah Raju bertanya di manakah Raju? Abu menjawab " Raju dah meninggal". Pastue Abu ke rumah Chong lalu ayah Chong bertanya di manakah Chong? Abu menjawab "Chong dah mati". Jadi soalannya.......
buah apa bijinya di luar?

masa kitaorang dengar memang gelak abes la.....bukan main fokus pada cerita, in case tertinggal point penting. ada sorang tue siap cuba hafal nama watak2....last2 soalan yang hampeh....wahahaha....

sumer ne kenangan, bila da kuar nanti. InsyaAllah kami akan cuba organize lagi aktiviti santai cam gini...rasa cam lama dah tak gelak....hari2 penuh dengan PSM.
jadi thanks to all friends: Kak Siti, Ama, Aini, Raihan, Ira, Kak Wani and Fiza kerana sama2 menjayakan PROGRAM kita pada malam ini
and thanks to Abang Pali (Ex-pengerusi JKM'09), Abang Mail, Abang Fahmi, Pali Mail, Farid, Ijat, Suhaimi, Panod, Darimi kerana sudi hadir ke majlis kita yang tak seberapa. InsyaAllah ada jodoh ketemu lagi^^

sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri.

p/s:eventhough dorang tak baca pown post ne, aku tetap nak mention nama2 dorang^^

Sunday, April 4, 2010

just...sumtink to tell

23.32 pm sunday 4/4/10

Assalamualaikum....

Hepi belated bufday to my brader
Abg teh and my ex rumate-chah

Adik aku ne da masuk darjah 6, so tahun ne UPSR
da nak UPSR, tapi mainnya, kuat...
tak macam budak nak exam...
well, dats my brader=D


dis are my braders. yg sebelah kanan 2 bongsu, and bufday boy di sebelah kiri
gambar amik raya tahun lepas. bukan yg baru2 ne, yuk
comey kan dorang..hukhuk....windu umahXD

masa ngah tgk gmbr family lam laptop tadi, tiba2 rasa cam nak balik sangat....
sayu je rasa....wuuu...nak exam ne la homesick....apa bley wat, da nak rasa
sabor yer, 2 minggu je lagi....
lagipown exam stat hari selasa ne....
tak sabar...cepatla abes....

and tomorrow, aku ad hal yg sgt penting...
hopefully benda ne leh setel...aku da tak kira...
da satu sem aku dok buat benda sama...dan ia sgt membebankan aku....
kalu ikutkan hati, da lama aku give up...biarla apa org nak cakap...
tapi aku taw, bila aku give up, maknanya aku wat separuh jalan...
dan bila separuh jalan, aku sure akan menyesal satu hari nanti...

tapi rasa give up tetap ada...slagi tak setel...aku pown tak paham kena liat sgt benda alah ne nak setel...
susah benor ke????
ia melibatkan ramai org, so aku betul2 harap esok akan berakhir...
plez.....aku da tak sanggup da....
biarla aku jawab exam kali ne dengan tenang...
cukupla dan ia memang pengajaran kepada aku...
doakan aku smoga esok sgala2nya berlalu dengan tenang...
hopefully aku boley balik dengan gembira, dan esok taderla yang kena maki hamun,
or kena sumpah seranah, or menangis bagai nak rak...
so wish me luck<3

p/s : sebenarnya tue je yang aku nak bagitaw....nanti bila da setel aku gtaw apa sebenarnya yang membebankan aku...im gonna tell u from A to Z...wish me luck k!!!really hope for THAT THING done successfully...plez.plez



Saturday, March 27, 2010

frustrated...again?

Aku da tataw nak rasa apa skang. Nak nangis pown rasa da tak kuar air mata. Makanan depan mata pown, rasa cam pasir jer...
Sedey gler....Sampai hati...
Bukan main, awal aku bangun pagi tadi, semata2 nak rebut bilik, tapi ye lah...bukan rezeki aku kowt....
Ya Allah, kuatkan hati aku....
Wahai hati, sabar banyak2...istigfar banyak2.Kuatkan semangat yer...

Aku da boley terima aku terpaksa dok bilik lain sem depan, tapi aku kecewa ngan pihak pengurusan kolej. Alah, ngadu pown, banyak jer alasan yang dorang akan bagi. Tengokla sem lepas camner, aku pernah jadi JKM, aku tahu camner pihak pengurusan kolej.
How come dorang buat kitaorang macam ne???konon nak fair....apa fair fair...ingat ne fun fair ke???tahun lepas aku minta bilik senior, dorang kata bilik tue reserve untuk budak2 kuota. So, fine, aku JKM'09 yang bek hati ne-memang aku geram, kecewa dan banyak lagi
mintak level atas. Bila aku da selesa ngan bilik ne, baru skang kata semua budak KUOTA kecuali JKM'10, kena berebut bilik. SAPE CEPAT DIA DAPAT...
ha....da cepatla....tapi dapat kat junior JKM'10 KESAYANGAN aku..
fair la kan....kitaorang tahun lepas dilayan macam tue, tahun ne layanan pergh...kelas pertama.
Nak geram kat dak JKM baru pown, tak guna, coz dorang pown MANGSA KEADAAN macam aku gak...
mantan JKM, apa yang dapat????tader pape....macam yang aku da agak, JKM'09 is the worst JKM ever. aku taw kolej benci ngan kitaorang. kalu boley tak nak jumpa pown dak2 JKM'09...tapi aku proudly said that you guys are the best...biarla kita tak sama2 abes, biarla ada yang kena pecat, ada yang letak jawatan, and yang stay wape kerat jer, biar, tapi aku bangga ngan korang. Sepatutnya aku kena ikut sama bangkang pihak kolej...macam besa, JKM ne orang yang macam lembu kena cucuk hidung...yang berani, berani la....yang takut macam aku, yang jenis pk kesan setiap tindakan yang kita wat jika kita bangkang kolej, ikut aje....kolej soh wat tue, kita wat tue...soh wat ne...kita pown watla benda ne...agaknya soh makan najis rasanya ikut jugak gamaknya...
tapi ne la...bila kitaorang da berenti berkhidmat, nak fokus studi, ada yang kalu ada aktiviti besar tak panggil....agaknya leadership tak kuat lagi kowt...sebab tue kolej tak nampak.
FAIR???apa tue????aku rasa sejak aku masuk KRP ne, aku da tataw makna FAIR=adil.. setiap benda yang berlaku lam kolej ne, semuanya berat sebelah. Orang yang rapat ngan pengetua, senang2 masuk line minta kolej. Kita yang besa2 ne, mahu berat kepala nak pk mcm mana nak terus stay kat kolej.
Aku suka jadi aktif, sebab banyak pengalaman yang aku dapat.tapi sebagai manusia biasa, tambahan aku yang lemah lagi hina ne, at least nak juga special treatment dari pihak kolej. supaya setiap apa yang kitaorang wat sem lepas walaupun tak banyak, malah siap memalukan nama kolej lagi, rasa kitaorang ne dihargai. Bukan macam orang kata habis madu sepah dibuang. Sem lepas, mantan semua dilayan dengan sebaiknya. Bilik pown reserved lagi. Kitaorang JKM baru tak leh ambil bilik dorang, tapi ne....aku kena bangun awal2 hujung minggu ne, beratur, siap kena gigit semut, semata2 nak bilik yang sama...tapi kesudahannya, dorang dapat bilik aku.
Tak guna da skarang...aku sangat kecewa ngan kolej. I wish I can do something, biar kolej BUKAK mata sket, apa maksud adil yang sebenarnya. Tapi aku tataw nak buat apa....
Hopefully sem depan aku boley get along ngan dak2 ne, dah la sebaya walaupun dorang junior aku...dorang tataw pown dorang ambil bilik SENIOR dorang....
waaa.....i wanna cry, but I can't...
semakin lama aku dok UTM, semakin beku hati aku...
biarlah, aku malas nak pk...buat aku sedey, buat aku sakit hati...aku takut lama2 perkataan yang keluar dari mulut aku ne, lebih bisa, dan tidak berakal. Manusia bila marah, macam2 boleh jadi..Buruknya manusia itu bila marah,kan!!!

Harapan aku, supaya aku dengan ikhlas hati dapat maafkan pihak kolej. InsyaAllah.

Yang elok itu tak semestinya bagus untuk kita, yang buruk tu tak semestinya tak elok untuk kita.

nak pergi menenangkan jiwa yang lara ne. Kecewa yang aku dapt ne, sampai bila2 aku ingat...


Monday, December 21, 2009

cuti yang tak bercuti???

20.40pm monday 21/12/09

Assalamualaikum....

Hepi besday to Topeq aka Pengerusi JKM'10 yang baru...semalam kitaorang fasi bengkel ngan dak2 JKM baru pakat nak celebrate besday dia, tapi bukan dengan cara besa, but we had something sooo suprise...hahaha kesian kat Topeq, kaw2 jer kena ngan dak2 ne, termasukla felo merangkap lecturer penasihat JKM, En. Hendra....
Petang smalam dia dipanggil oleh En Hendra untuk update tugas2 dia sebagai pengerusi...dengar2 kata dia kena marah habis2 smalam siap katanya hari ne kena jumpa ngan TNC universiti untuk bentangkan kertas kerja yang dorang baru sudah buat....macm2 gak r, sampai ada part nangis, kononnya nak pengerusi baru, nak letak jawatan sedangkan baru sehari dorangnyer watikah perlantikan....kesian Topeq...walaupun aku taw 2 lakonan semata2, tapi masuk bab2 nangis ne yang aku lemah ne, tak sanggup tengok.....tapi nasib bek aku tak nangis....ada tue sampai merah mata sebab nangis betul2....memang boleh menang anugerah pelakon air mata terbaik!!!!hahaha...
tapi yang bestnya, hadiah yang Topeq dapat bukan murah2, dia dapat T-shirt, kemeja, set tali pinggang n wallet n stokin...kasut jer dia tak dapat, kalu tak da jadi hantaran Kak Yon, yang tue yang dorang usik Topeq n Kak Yon....hahaha dorang memang pemecah perut yang hebad....

Sebenarnya cuti baru2 ne aku tak rehat pun, coz aku jadi fasi untuk BENGKEL PENGURUSAN AKTIVITI JKM...sebagai bakal mantan bermula 1/1/10 ne, kitaorang yang da besa ngan program diminta tolong dorang rancang perjalanan program kolej sepanjang tahun....so dalam masa 3 hari lepas, memang kena perah otak la buat paperwork...actually dorang yang buat, kitaorang just bagi idea untuk guide dorang...harap2 idea aku leh pakai...hahahaha
yang sronoknya, aku leh rasa ukhuwah JKM'09 walaupun tak semua yang dipanggil, tapi aku suka ngan suasana kerja kali ne....mana taknya kitaorang saling menolong, balik bilik pun da nak dekat kul 3 pagi, coz sronok kumpul ramai2....and satu lagi, dorang memang suka makan tengah malam, sampaikan boleh dorang gi tempah McD tengah2 malam....aku pun pe lagi, tumpang dua kakila, takkan nak tengok dorang jer yang makan....
yang paling penting, everything will not be the same anymore....kitaorang akan jadi mantan tak lama lagi, then lepas tue sumer pakat bawak haluan masing2, tiada lagi kerja ramai2 cam dulu...
waaa...setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....bengkel ne gives me a very great memories....
banyak lagi kenangan manis yang aku rasa akan aku kenang sampai bila2....
sore ja....

p/s:berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul????

Tuesday, December 15, 2009

JKM '09

23.48 pm 15/12/09 tuesday

Assalamualaikum.....
Rasa cam sayu jer....nak nangis pun ada....
Aku baru balik dari perjumpaan pengetua, felo dan pemb.felo, JKM'09 dengan JKM'10 yang baru...
actually aku tak brape kenal sangat JKM baru coz kem kat pangkor hari tue tak pergi, jadi harapkan dorang jela kenal JKM'09.
Masa pengerusi kitaorang, JKM'09 iaitu saudara Pali Sarip-nama panggilan kitaorang padanya-bercakap, rasa sayu tue da datang...memang kalau ikutkan kitaorang happening aje tadi, takkan nak tunjuk muka sedey kowt, tak cool la gitu...hahaha.
And then Topeq merangkap mantan JKM'09-beliau memegang jawatan Ketua Biro Penyelidikan dan Pembangunan dan juga merangkap Pengerusi JKM'10 plak bercakap, at that time aku mula rasa yang kami akan mengucapkan selamat tinggal.
I dont know how to express it, tapi sangat sayu.....
Tak sangka, lepas ne kami akan jadi mantan....sob2....
Waaa....skarang ne da terbayang2 saat kami mula2 kenal, then terbentuknya kami JKM'09, then sama2 meredah hutan, sama2 cari jalan nak survive dalam hutan, then sama2 banyak lagi kalau nak cerita....
Aku tak taw orang lain, tapi pengalaman ne sangat berharga....And then ukhuwah yang terbina, and sooo many things.....

ukhuwah yang terbina
persis sekuntum bunga
meskipun kini
kita terpisah demi kasihnya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain dibayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku....

aku tak sure lirik ne betul ke tak, tapi lebih kurangla....
lagu nasyid ne kitaorang nyanyi masa first day sampaila ke final day kem kepimpinan asas tahun 2008....
kem tue dibuat dekat Cameron Highlands....banyak kenangan pahit manis sepanjang kitaorang berada di sana....
Sememangnya aku sangat sayangkan JKM'09...dulu aku pernah fikir, kalu ramai JKM'09 yang nak sambung jadi JKM'10, aku pun nak sambung....
Tapi nampaknya hanya Ama, Topeq dan Ijat jer...yang lain ada yang tak nak, ada yang nak jadi MPP dan ada yang final year...macam aku, nak tapi tak boleh coz aku memang betul2 kena sambung lesen keta...nampak alasan remeh, tapi aku tak ada pilihan....so terpaksala korbankan JKM....
Harapan aku, ukhuwah JKM'09 ne biarla berkekalan......
And aku harap akan ada something yang boleh buat JKM'09 berkumpul, cam jamuan ke, pergi trip ke.....tak kesahla.....

p/s :nanti ada masa aku nak cerita pengalaman sepanjang kem kat Cameron Highlands.....