Showing posts with label life in UTM~. Show all posts
Showing posts with label life in UTM~. Show all posts

Monday, May 28, 2012

mimpi

Assalamualaikum

Malam tadi, lepas dah siap menulis entry yang sebelum ni, aku masuk tidur. nak dijadikan cerita, apa yang aku tulis dalam entry tu bermain balik dalam mimpi, tapi dalam versi yang lebih nasty =P

Begini kisahnya.....

Dalam mimpi aku, aku ditawarkan sambung belajar di tingkatan 6 di MRSM (wat de? MRSM ada tingkatan 6?). So dah settle semua hal, aku kena masuk kelas. Nak dijadikan cerita, hari pertama kami di sana, kitaorang dah kena marah dengan cikgu yang paling garang yang pernah aku kenal dalam seumur hidup aku. Serba-serbi yang kami buat tak kena, mesti kena marah. Tidak dapat menanggung kesusahan hidup di sana, aku mengadu pada ayah aku yang kebetulan masih lagi berada di situ (errr, x balik rumah gamaknya). Aku ingat apa yang aku bagitahu pada ayah aku, "Abah, kakak dah tak sanggup nak duduk sini. Boleh tak kakak nak balik rumah?" sambil menangis. LOL

Then mimpi aku aku melompat. Aku berada di kawasan rumah kami di PD. Nak dijadikan cerita, aku dengan seorang wanita yang aku tak kenali menaiki sebuah motorsikal, sedang meneliti paip air di kawasan perumahan tersebut. Lepas satu-satu kami check. Rupa-rupanya kami dikehendaki mencari kod untuk deactivate bomb. LOL. Ala-ala Running Man gitu. Setiap mission ada masa yang diberikan. Dan, kesudahannya kami gagal mencari kod yang diberikan. Tiba-tiba ada seorang lelaki dengan sniper (aura orang jahat) datang ke arah kami lalu menembak kami, tetapi satu tembakan pun tidak mengena. Namun, bangunan di kawasan perumahan kami musnah ditembak oleh sniper (errrkkkkk).
Sampai situ sahaja aku ingat mimpi aku.

Bila aku fikir balik, somehow aku rasa mimpi aku macam meluahkan apa yang benar-benar apa yang aku rasa sekarang. Hohoho. If you can catch the meaning la......Tapi walau apa pun, I wont stop now! I want to finish what I started, so please pray for me.

p/s: Baru lepas gayut ngan Kak Cik, she cried.....Membuatkan aku ingin pulang ke rumah sekarang! I WANT TO GO HOME!!!!

Tuesday, April 3, 2012

UTMost 2012.suka dan duka.

Assalamualaikum

Apa khabar anda semua? Lama x update story baru. Semenjak dua menjak ni memang agak busy. sampai hilang 2 kg! ngahahahaha nak jugak bagitahu

OK. apa yang busy nya? Dari 29 March sehingga 1 April telah berlangsungnya UTMost Imagination, Innovation and Creativity Festival. Kali ini, aku berpeluang untuk join karnival ni mewakili Jabatan Kimia Fakulti Sains untuk menjaga booth kami sepanjang 4 hari berlangsungnya festival ini. Penatnya hanya Allah je yang tahu. Tidur dahla lambat *sebab aku ea, bukan UTMost* bangun nak awal. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua members yang terdiri daripada 12 orang, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sambutan untuk UTMost ni agak menggalakkan, ramai pengunjung hadir memeriahkan program UTM kali ini. Kalau ada yang tak tahu, hari Jumaat bersamaan 30 March 2012, MHI telah datang ke bumi UTM untuk membuat liputan. Memandangkan aku dan sorang lagi member lab partner aku ada kelas, x dapat la nak tengok apa yang berlaku.

Memandangkan aku malas nak cerita panjang2, aku bagi tengok gambar aje la.....

Us~
Antara benda yang aku tak boleh lupa sepanjang berlangsungnya program ni, ada suatu hari tu, masa tu shift aku. So as usual aku akan jaga part aku Magic Ink (color hilang) dan sometimes Magic Pitcher (tukar-tukar color). Dua2 part ni, budak2 sangat suka. Bila kitaorang dah siap tunjuk, dorang akan tepuk tangan dan sebut  "magic" tho obviously ianya Sains. LOL. Tengok budak2 tu suka, gembira je rasa!

Tetapi, pada masa yang aku kena jaga, datanglah seorang pak cik ni, dia tanya la ni apa (referred to Magic Ink) aku pown cakap la "jemput cuba". Bila dia dah cuba, aku explain la apa yang berlaku. Lepas dah siap explain, pakcik tu cakap " tu aje. X seronok pun.... some sort of like that". masa aku dengar tu, senyum kambing je la. Berasap tu tak yah cakap la. Petang tu, aku cerita kat member2 sal kejadian tu, then sorang member aku cakap, dia pun kena jugak. Aku x ingat untuk experiment mana yang kawan aku kena, tapi pakcik tu cakap lebih kurang macam ni, "yang tu saya pun boleh buat"....so masa aku tahu, of coursela berasapla kami yang mendengarnya. Bila dah dengar macam tu, agak kecewala jugak. Tapi bila difikirkan balik, bagi orang2 dewasa macam pakcik tu mungkin membosankan kot, tapi budak2 suka. So on the next day, kitaorang buat Magic Ink tu try pada pengunjung nyer baju. Baru thrilled sikit. Alhamdulillah, dengan comment pakcik tu, kitaorang improvised apa yang sepatutnya. Walaupun marah, tetapi terima. Thanks pakcik!
Dan, honestly, masa dengar apa yang pakcik tu cakap, agak downla jugak, tapi bila ingat2 balik budak2 yang suka tengok experiment kitaorang, aku jadi bersemangat balik. Terima je, jangan kerana seseorang, orang lain yang kena tempias aku yang emo. hohoho.

Tu je la nak cerita. matta ne ^^

p/s: sori gambar x banyak, sangat sibuk sampai x sempat nak bergambar ^^

Thursday, March 8, 2012

Me rambling ;P

Assalamualaikum

Rasa nak jerit je biar satu dunia tahu yang "SAYA MAHU BALIK RUMAH!!!!"
serious rasa nak sangat-sangat balik rumah!
I miss my family. I miss my mom's cooking. I nak duduk rumah goyang-goyang kaki tak buat apa-apa.....hahahaha....
Tapi, since kita ada responsibilities di sini, kenalah bertahan sampai masanya.

Anyways, this week, my dear cousin, Kak Najihah aka Kak Yah akan berkahwin. Im sorry I couldnt be there to help the chores....Next week I ada presentation, a very important presentation. Nervous beb! Presentation depan suami supervisor aku aka my co-sv......

Erm, dear Kak Yah, selamat menjalani kehidupan baru. Semoga dapat menjadi isteri solehah buat suami, dan semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah =D * I x pandai la nak buat ayat cantik-cantik*
Dan, maaf x dapat menghadiri majlis. I wish I can but I couldnt. Nanti bila balik confirm I goyang kaki x ingat pasal research =D

hurmmmm...tu je la kot

Jya^^ matta ne =D

p/s: Rasa nak aje call mama and gayut kat telefon lelama. Biar cair telinga kena panas telefon.....hahahaha

Saturday, February 25, 2012

for UTM-ians...seriously....... =P

Assalamualaikum

Di hari Sabtu yang cerah ini, aku nak share......

(C): to the owner
Lawak XDDD Dua tiga menjak orang suka buat post macam ni. For fun ^^

p/s: Dah merata-rata aku share. Cant get enough of it =P

Thursday, February 23, 2012

confused, scared and worried

Those words describe what I feel right now!

Semuanya bermula apabila my supervisor minta aku bentang next week. OK fine, I'll do it. The problem is.....dalam slides aku nanti, aku kena cerita pasal chitin whisker (kejap kena buat, kejap tak kena buat). OK, yang tu.....boleh terima lagi. Tetapi semua bahan-bahan yang aku akan "blend"/ mix nanti, Dr suruh aku cerita pasal molecular interaction!

Honestly, molecular interactionlah part yang paling aku lemah dalam chemistry! Seriously aku sangat risau sekarang. Journal-journal yang aku baca, kebanyakannya tak menceritakan pasal interaction-interaction dalam molekul ni. Dorang banyak menekankan dari sudut polymer. So basically I have no idea what Im gonna present next week!

Tasukete kudasaii!

What should I do? Aku try bukak buku-buku teks, tapi makin pening ada....hahaha....mungkin sebab aku tak boleh relate apa yang aku baca dengan apa yang aku nak buat =( hurmmmmmm..........

p/s: GREAT! First assessment aku akan dijalankan pada April, awal dua bulan dari sebelumnya *read sarcastically* PANIC ATTACK!

Friday, February 10, 2012

kereta

Assalamualaikum!

Memandangkan dah lama x update cerita, kali ni aku secara randomly nak cerita pasal KERETA. untuk semester ni, aku dah bawak kereta. Sepatutnya dari first sem lagi dah bawak, tapi memandangkan aku ni penakut, so aku hold sampai lah sekarang. Plus keadaan kewangan dah sedikit stabil sekarang.

Bagi yang tak tahu, aku ni a very terrible driver. Theory sahaja tak memadai. Rasanya bab2 teori membawa kereta memang aku tak kalah la dengan pemandu yang dah teror, tapi bila masuk bab practise, im quite a slow learner. Bila nak bawak kereta, aku rasa the most important thing ialah CONFIDENCE! Kalau tak ada keyakinan, memang x pegang sterengla. And that part is what im lacking now. Seriously serious, aku memang tak confident bawak kereta. Tiap kali pegang stereng, there are so many questions popping into my mind. What if....what if.....tu yang mengekang aku dari maju kehadapan.

Tapi, recently bila aku dah kena bawak kereta nak tak nak aku kena improve! Though aku banyak lagi yang lacks, especially bila masuk part parking...Yang tu memang aku akui, memang aku lemah bab2 parking. Nak masuk side, memerlukan kepakaran dan pengalaman, ye lah, nak adjust banyak mana nak pusing stereng, masa bila nak masuk, bukan nya boleh dikira dengan kalkulator aje. Maknanya bila dah lama anda memandu, pengalaman dah banyak, bolehla nak agak nak masuk kereta tu macam mana.

Kejadian yang aku paling tak boleh lupa, baru2 ni, kami ada workshop dekat CICT UTM, sementelah tempat tu jauh sedikit, aku pown drive je ke sana. Then bila petang tu workshop dah tamat, nak balik kolej, aku offer kat lab partner aku a.k.a Evin nak hantar dia balik kolej dia, sementelah kolej dia jauh. Lagipun aku boleh kenal2 jalan 3 tahun duduk UTM, boleh kira berapa kali aku datang KDSE Tapi sebelum tu kitaorang singgah ke meranti nak beli makanan untuk dinner. Aku pulak kebetulan 'terparking' dekat hotspot parking tepi meranti. Dahla parking tak masuk petak, tapi aku selamba je tak adjust. Then bila aku nak keluar parking, time tu lah ada kereta lain parking dekat tepi dan belakang aku. Memang boleh keluar, tapi bagi orang yang tak mahir macam aku, BIG TROUBLE! Nak tak nak kena jugak keluar....Pandai2 hang la! So aku pown try nak keluar, tapi yang kelakarnya aku dengan Evin dok bergaduh nak pusing stereng belah mana! AIGOO~~~ aku kinda confused bila masuk bab reverse ni.....Kebetulan pulak ada kereta lain nak masuk, gelabah la aku jawabnya! Alhamdulillah, lepas pusing memusing stereng, kitaorang berjaya keluar, without a scratch.......hohohoho......That time aku cakap kat Evin, "I HATE DRIVING!"

muahahahaha....thats the truth.....

p/s: walaupun aku dah pakai lesen besar, aku still lekat sticker P kat kereta. DONT BLAME ME! huhuhu

Thursday, January 19, 2012

homesick~

Assalamualaikum

Alhamdulillah, demam dah makin kebah. Cuma batuk dan selsema aje. x pe, esok presentation je... sarcasm OKEH!!! dan terima kasih buat yang mendoakan kesihatan saya. Moga-moga Allah melimpahkan rahmat kepada anda semua^^

Sebenarnya, tengah stress ni. Roommate dah balik, dan sewaktu aku tengah menulis ni, dia ODW balik Kedah. Manakala, aku ditinggalkan berseorangan sambil kena menghadap slide untuk presentation esok. Im so not in the mood to do it right now! ORZ......tapi, presentation esok sangat penting! sebab ia menentukan sama ada aku boleh proceed dengan tajuk baru atau tidak. Please pray for me kay!

Sementara tengah study slides, dalam kepala terbayang-bayang family kat rumah sekarang! i miss them....Oh!!! I HAVE SURPRISE FOR THEM! cant wait to show them^^ hopefully they like it, especially Mama ngan abah. waaaa.....きんちょうする~~~! huhuhuhu.....

Anyway......esok InsyaAllah kalau tak ada aral melintang hopefully aku akan balik rumah dan enjoy! Harap-harapla ye....sebab aku tengah risau ni, takut SV tak bagi balik lama-lama. Seminggu je pown aku balik rumah =( ye lah, presentation yang sepatutnya hari ni kena postponed esok. nasib baik pagi, kalau petang, memang masak la! Not that im complaining, aku faham something came up and she couldnt make it today, もういいよ~! Pape pown, esok I'll try my best! Doakan lah aku ye!

Mana la taw kot2 esok presentation MANTAP then tetiba Dr suggest aku convert wat phD...hahaha.... angan-angan je! I know im not ready to be in that level! がんばります!

じゃあね~~~

p/s: nak balik RUMAH!!!!!!!
p/s/s: sorry pakai hiragana. excited sebab ada Japanese keyboard lam lappy nie....baru install sebulan lepas *mungkin*

Tuesday, January 17, 2012

Demam

Dikala penulis sedang menulis entry ini, penulis sedang mengalami selsema yang teruk, sakit kepala dan demam!

Dalam tempoh satu semester ni, dah dua kali aku demam! Oh Allah.....seksa rasanya! X sangka, selama ni aku merasakan antibodi cukup kuat, kalau dulu setahun sekali aje demam, sekali.......

Bila dah start sakit ni, baru kita sedar betapa pentingnya kesihatan. Bila sihat, kita mampu untuk bekerja, mampu untuk bergelak ketawa, tapi bila dah start sakit, nak makan pun tak lalu.

Jadi kawan-kawan sekalian, jagalah kesihatan anda.

p/s: sakit-sakit pown berblogging....huhuhuh....bukan apa, bosan terlantar atas katil aje...makin sakit lagi ada =P

Monday, January 9, 2012

adakah aku yang pelik?

Assalamualaikum.

Aku sering tertanya-tanya pada diri sendiri, apakah memang aku yang pelik atau apa yang aku rasa, buat adalah perkara yang normal? Seriously aku memang selalu tertanya-tanya.

Mungkin, apa yang aku akan tulis ni akan menghiris hati seseorang, jadi awal-awal lagi aku nak minta maaf kalau tulisan aku hari ni membuatkan sesiapa terasa. Dan, tujuan aku menulis bukanlah untuk membuka aib dan keburukan sesiapa, cuma aku mahu berkongsi.

Sejak aku kembali ke UTM, sambung buat Masters, banyak benda baru aku belajar. Terutamanya dalam bersosial. Sosial di sini bukanlah yang seperti anda semua fikirkan, maksudnya clubbing atau jadi orang yang ho ha ho ha tak tentu hala. Dalam konteks aku, sosial di sini adalah dengan mencari kawan baru. Bagi sesetengah orang, mendapat kawan baru mungkin adalah perkara yang biasa. Aku pun, senang nak berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi.......

Rasa macam susah je nak cerita bila nak pakai bahasa baku...hohohohoh......maaf atas tatabahasa yang salah ye.

Okay, kita sambung. Kita dapat kawan baru, cuba kenal hati budi, perangai masing-masing. Kalau dalam case aku ni, senang direct to the point aje, roommate baru. Mungkin ada yang tak tahu, selama 3 tahun setengah aku tinggal kat UTM, 2 tahun aku stay kat bilik single. Itu bermakna, aku tiada roommate dalam masa dua tahun, dari Tahun Dua sampai Final Year aka Tahun Tiga. Dan, bila aku buat Masters, ditakdirkan aku diletakkan bersama roommate aku sekarang, malah roommate aku ni bukanlah dari UTM.

Bukan aku nak cakap RM(roommate) aku ni tak OK ke caner, orangnya baik, tua dua tahun dari aku. Tapi yang menjadi masalahnya ialah aku sendiri. Terus-terang aku katakan, aku tetap prefer tinggal dalam bilik single! sampai ke hari ni.

Caner nak cerita ea.......aku senang kalau orang just leave me alone! macam tu lebih kurang. Bukan bermaksud aku nak berseorang aje setiap masa, tapi most of the time, aku prefer being alone. Of course, aku sepatutnya menghargai setiap orang yang pernah hadir dalam hidup aku. Bukan aku tak bersyukur sebab ada RM, aku bersyukur sangat-sangat, cuma aku tak biasa bila aku rasa segala tindak-tanduk aku sekarang diperhatikan.

Contohnya:
1. Aku tengok cerita (kebanyakannya aku dah repeat tengok banyak kali), kebetulan RM aku nampak apa yang aku tengah tengok, lepas tu dia cakap "lepas nie orang tu gigit jari dia", "macam pernah tengok aje hero ni", "siapa perempuan ni?" dan sebagainya, honestly aku rasa terganggu sangat-sangat. Bukan setakat aku rasa terganggu sahaja, the fact that she is watching me, made me uneasy. Rimas jugaklah

2. Dah makan ke belum? Tadi makan apa? Gi makan dengan sapa? dan yang sewaktu dengannya, serious aku tak suka dengar soalan-soalan macam ni. Mungkin bagi sesetengah orang, dia ambil berat. Ye, betul dia ambil berat, Aku sangat berterima kasih, tapi aku tak biasa dan tak suka dengan attention yang diberikan. Aku selalu tanya diri aku sendiri "perlu ke tanya soalan ni?" Entahlah, aku yang bermasalah kot sebenarnya.

3. "Kejap je mandi hari ni".....dan sebagainya yang aku rasa tak sesuai nak ditulis, selalu juga ditanya. Orang yang biasa ber"roommate" selalu ke tanya soalan-soalan macam ni? Aku nak mandi lama ke, kejap ke, ada masalah ke? Yang ni, aku betul-betul rasa macam aku diperhatikan...orz.....

4. Apa yang dia buat, asyik tak kena kat mata aku. Contohnya makan epal, tangkai tue ke perkataan yang sesuai? terus buang dalam tong sampah dalam bilik. Aku x berapa nak berkenan orang buat macam tue. Sekurang-kurangnya benda alah tu buang dalam plastik lain sebelum dibuang dalam tong sampah. Aku tak mahu tong sampah berbau, sebab kebanyakan sampah ialah sampah-sampah yang kering macam plastik, kertas. Contoh lain, pinggan dengan gelas yang tak dibasuh lepas digunakan. Aku tahu la tu harta sendiri, tapi lepas makan, apa salahnya basuh terus dari dibiar terdedah macam tue....Tak berkenan betul aku

5. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku takut nanti dikatakan membuka aib seseorang.

Adakah aku memang pelik? Betul ke seperti orang cakap, antara aku dengan orang lain, ada wall kat tengah-tengah, aku tak bagi sesiapa pown lepasi wall tu? Memang diakui, aku tak biasa dan tak berapa suka orang terlalu nak tahu apa kehidupan aku, melainkan aku cerita, that is a different thing. hurmmmmmm...........apa patut aku buat? aku sebenarnya tengah consider nak pindah bilik single ni...huhuhuhu....tapi bukan sekarang. Aku tahu aku patut bagi masa pada diri aku dengan RM aku untk kitaorang selesa antara satu sama lain. Entahlah, mampu ke aku buat? Boleh ke aku terima strangers dalam hidup aku?

p/s: wanna go home!

Wednesday, January 4, 2012

again......?

Assalamualaikum....

Okay, meh nak citer sikit apa jadi hari nie, lepas aku balik dari PSZ (library) ke kolej. Macam biasa after dah settle benda kat fakulti aku singgah Arked Meranti nak beli lunch. Dan, after singgah cafe yang jual makanan, aku singgah tempat beli air. Aku, macam biasa order Milo Ais.

Bayar dah settle sumer, aku pown chow aje la. Baru je beberapa langkah aku keluar dari tempat jual air, woashhh....bunyi air Milo air aku jatuh. again. grrr.......tali rafia yang mengikat plastik air terurai, menyebabkan air yang sedia berat mengikut graviti lalu jatuh menghempas marmar Arked.........again.

Aigoooo......aku dan air milo jatuh atas lantai, mungkin tak dapat dipisahkan. Malu, memang malu giler, tapi memandangkan aku dah ada experience sebelom ini ORZ aku pown mintak maaf dan bla dengan muka selamba....

Papepown, kejadian ni sedikit sebanyak membuatkan aku teringat kembali sesuatu yang aku cuba lupakan. Oh Allah.......Aku kalau boleh nak move on, get a good life. Buat apa dikenang sesuatu yang dah lepas? Biarlah....lets time heals your heart...LOLZ~~~

Okay, chow dulu......mau makan. Sampai2 kat bilik aku terus on lappy and tulis citer nie....grrrrr..........

p/s: nasb baik akak air yang jaga kedai....lau tak, seminggu aku tak singgah kedai tue....hahahaha

Thursday, December 15, 2011

Kecewa

Assalamualaikum

Maafla, entry malam nie, akan lebih kepada meluahkan perasaan. So sape-sape yang rasa tak berminat, stop sampai sini sahaja ok!

Hurmmmm...mcm mana nak start ea? OK, this gurl dengan I, kitaorang decide nak join kelas bahasa Jepun level 1, for beginner, buat kat KTF(kolej kitaorang) aje. so this week merupakan minggu ketiga kelas kami. I realized, since the beginning of that class until today, dia macam not interested to go, but as I pujuk, dia tetap pergi. She always said "I ni jenis hangat-hangat tahi ayam, etc...." time tue, masa dengar, walaupun hati I panas but I buat tak tahu jugak. I tetap pujuk dia to join the class with me. I know she joined the class half-heartedly, but since she once said to me, she has passion in Japanese language and culture and actually dia pernah belajar Japanese language dulu, sebab tu la I ajak dia join.

Then, tonight, when we were ready after Isya', she said, boleh tak you pergi sorang je? She said she has work to do. And I was like.......so disappointed at that time, but still I said "OK"...up to you lah, penat dah berpura-pura jadi cheerful. So I pown just go, without saying anything towards her. Class starts as usual, this time I duduk kat depan, tengah pulak tue, menghadap sensei....Aigoo.....kena jadi good student la malam ni. hehehe. Then, sensei distribute buku, untuk kelas kami for the whole course. At that time, I was thinking, patut x I ambil buku tu untuk dia? Throughout the class, I asyik fikir, nak ambik ke tak! Kalau ambil, then nanti dia cakap dia dah tak nak join kelas tue, then what about the book? I nak kena tebalkan muka ke mengatakan dia tak datang? Tapi kalau I tak ambil, nanti kalau dia actually nak join the class, and next session sensei dah tak bawak copy, what should I do?

So finally I decide, tak pe lah, next week kalau dia nak join the class, she can ask the book from sensei BY HERSELF! Actually at that time, I memang disappointed giler dengan her attitude! Before I ke kelas, after solat Isya' and such, bila dia cakap dia tak boleh pergi, tho I didnt asked her, dia cakap dia ada kerja malam ni. OK, that's fine. whatever. I dont care! Masa I tengah jalan ke kelas, rasa nak meletup sangat! I cuba tenangkan diri dengan meng'excited'kan diri I dengan kelas tu, tapi I still cant. Dalam kepala ni, tertanya-tanya, kalau kata banyak kerja, kenapa mesti bangun lambat hari ni? Then kenapa masih sempat nak tengok cerita? Somehow I cannot accept that kind of excuses. LAME! It really pissed me off!

Sampai I tertanya-tanya, maybe salah I sebab paksa dia ikut I ke kelas tue? but where's the passion that she mentioned before? How come, when you commit into something, you didnt take responsibility? You joined the class, tapi kenapa mesti skip? I really cannot accept that excuses. Sorry, dia mungkin betul, tapi still, I cant accept.

I know Im not good at dealing with people, maybe thats why I felt that way. So now, we kinda have a cold war. Dia cakap "jangan serious sangat".....OK, fine! I memang a serious person. But thats not the reason I treated her that way, the BIGGEST reason is Im so disappointed at her that I cannot put a happy face in front of her now.

So I called Mama and had a chat with my sis, though they didnt know what's going on, but at least, I feel relieved now. Sekarang bolehla sambung makan!

Jya ne^^ sorry for all the harsh words.

p/s: Still adjusting myself.

p/s/s: gomen ne, bila I marah, memang campur. Bukan nak tunjuk terer ke apa yang sememangnya I tak terer lam English, tapi at least, dengan menggunakan English sedikit sebanyak boleh meredakan kemarahan I. ye lah, nak fikir and translate lagi.......huhuhuhu.....jadi kemarahan I sempat la sejuk =D

p/s/s/s: nak balik rumah sekarang jugak rasanya!

Tuesday, December 13, 2011

Osaka, till we meet again^^

Assalamualaikum^^

Hari ni, 13 December 2011 genaplah setahun kami kembali dari Osaka, Jepun. Buat yang tak tahu, kami ke Osaka, Jepun selama seminggu bermula 6-13 December 2010. Pejam celik pejam celik dah setahun kami meninggalkan bumi Jepun, yang pastinya meninggalkan kenangan yang sangat manis buat aku dan kawan-kawan.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk ke sana. Bila kenang balik, rasa kagum dengan aturan yang Allah dah tetapkan, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya dah tertulis. Nak dijadikan cerita, beberapa bulan sebelum aku 'dioffer' untuk join GOP ke Osaka, aku dapat tahu, my closest friend, akan ke Jepun, atas nama GOP kolej. Masa mula-mula dapat tahu, kecewanya hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Kebetulan, cinta aku pada Jepun dah semakin mekar chewah, keinginan nak ke sana memang dah tersimpan dalam hati, cuma ye lah, kos nak ke sana bukannya sikit, dan alang-alang nak pergi biar puas hati. Dan........apabila aku dapat tahu kawan kita sendiri nak ke sana, memang sangat sedih.

Tapi, rezeki aku, bila member-member SSA (Kimia Tulen) offer pada kitaorang tempat ke Osaka masa tengah discuss Harvard Business Case Study, time tu jugak aku setuju, tanpa berfikir panjang, dan tanpa meminta kebenaran mama dan abah. Nasib baik esoknya aku telefon, dorang setuju walaupun berat hati.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bertungkus-lumus, dapat juga jejak kaki ke Jepun. Jangan tanya kenapa aku SUUUUKKKKAAAA sangat Jepun, rasanya nanti panjang plop entry ni ^^ Dan, aku nak berterima kasih pada Nadira and the team sebab dorang la driving force pada GOP kali nie. Tanpa dorang, rasanya jadi hangat-hangat tahi ayam jugak =D

Jom kita tengok gambar^^

Bersama the team (kiri), dan lab members (kanan)

Last day bersama lab mates @farewell party (kiri atas) , the so-called maple tree^^ (kanan),
test pandai x guna shuriken (bawah)

Sepanjang berada di Osaka XD

Sepanjang berada di dalam lab~bersama lab mates dan pensyarah

Jom kita tengok video yang pernah dihasilkan oleh Nadira^^


Dan video di bawah ni pulak presentation mengenai GOP kami ^^


so begitulah kisahnya sepanjang kami berada di sana. Sesungguhnya kenangan di Osaka merupakan antara kenangan paling manis sepanjang pelajar Degree. Moga-moga ada peluang ke Jepun lagi^^

Jya ne^^ matta ne =D

p/s: Kalau ada GOP ke mana-mana sila-sila la bagitahu ya^^
p/s/s: mimpi ambil gambar dengan polaroid. ada sape2 nak bagi polaroid sebijik?

Tuesday, November 1, 2011

Tuesday, September 27, 2011

convocation

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam secara officialnya kami bergelar Graduan UTM. hehehe
Malas pulak nak citer banyak2, so tengok gambo je la =Doh! lupa, kami students fakulti sains konvo sesi terakhir iaitu sesi keenam, petang....

teman2 forecast dari kiri: me, mina, ziyen and lela =D

my mom and dad during the convocation day. I miss them already =(

 Emy and me di hadapan masjid. dah keje tuuu.....

Sori la gambo sikit. X sempat nak bergambar banyak. Habis majlis dalam pukul 5 petang, pastue gi wat gambar studio, pastue makan then abah and mama terus balik dalam pukul 7 petang...cepat beno nak balik PD =(

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mama ngan abah atas support dorang selama aku hidup. Tanpa support dari dorang, rasanya aku tak berada di mana aku berada sekarang. Thank you very2 much and I love you so much XDDD

Tak lupa juga pensyarah2 di UTM terutamanya pensyarah2 Fakulti Sains,  dan juga PM Dr Zainoha Zakaria yang merupakan supervisor aku masa degree dan juga untuk masters ni. Tak lupa juga Dr Shajarahtunnur yang merupakan Penasihat Akademik kami selama 3 tahun kami sebagai students di UTM. Moga2 Allah merahmati pensyarah2 kami =D Amin

Lastly, kawan2 masa forecast, masa degree SSC & SSA, JKM KRP dan sebagainya *maaf andai saya terlupa untuk senaraikan* thanks for all memorable experiences sepanjang kita kenal. semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan. Amin. Good luck for future =D
p/s: nanti kawin jangan lupa la ajak ya =D

maka tamatla kehidupan kami sebagai pelajar sarjana muda di UTM. kenangan sepanjang 3 tahun akan kemas tersimpan dalam ingatan. *sebak*
Dan......mohon maaf andai sepanjang perkenalan ada buat terguris hati. sebagai manusia biasa saya tak lari dari melakukan kesilapan. harap dapat dimaafkan.

setakat ini sahaja coretan hari ini. Ada masa insyaAllah saya akan update citer terbaru. Korang pown jangan lupa selalu update citer korang. yang tue je la wat pengubat rindu... *cheeewah*

p/s: teringat masa nyanyi lagu UTM Sanjungan Bangsa. sebak sangat =)

Monday, September 12, 2011

sarjana pendidikan

Assalamualaikum

ohisashiburi *waves*
rasanya dah lama membiarkan blog ni berkulat. hehehe

Mulai 6 september yang lepas, aku kini telah pun bergelar pelajar sarjana di UTM. cam skema lak ayat.
Kalau masa degree dulu aku buat Sarjana Muda Sains Kimia Industri, sekarang aku buat Sarjana Pendidikan (Kimia)....rata2 member yang aku jumpa dekat UTM yang sambung belajar tak sangka aku boleh 'terlepas' daripada Fakulti Sains. hehe. almaklumla, aku ni mana suka sama ngan orang. hahaha.

Hari ni merupakan hari pendaftaran subjek. Nak dikatakan semangatnya aku hari nie, dari KTF aku ngan member keluar pukul 7.30 pg. singgah makan jap kat Meranti. jalan2 sampai fakulti pukul 8.10 macam gitu la. Nak dijadikan cerita aku sesat, x jumpa cari pejabat fakulti pendidikan. Kalau masa wat degree dulu, tak yah cakapla, memang muka aku la yang selalu terpacak dekat pejabat fakulti sains masa pendaftaran wajib. huhu.

Naik turun naik turun tak jumpa jugak pejabat fakulti pendidikan, dah risau dah ni. Nasib baik ada mak cik cleaner, so aku tanyala mak cik tu pejabat kat mana. Berpandukan cerita mak cik tue, akhirnya berjaya jugak aku jumpa. thanks mak cik. Sesampai aje aku kat pejabat fakulti, pejabat baru bukak. apa lagi, jadi orang pertamala aku.

Siap hal fakulti, aku kena pergi pejabat bendahari settle hal yuran etc etc. Masa tu baru pukul 9++ pagi. Aku pun decide nak melepak kat Fakulti Sains. Sampai kat sana, tetiba teringat masa wat degree ngan member2 dulu. Kalau dulu jalan kat fakulti sains kita akan jumpa muka2 yang kita familiar, tapi hari ni aku tengok budak2 baru aje yang ramai. Cam sayu pulak bila dah tak kenal sape2 kat fakulti tue. Tapi masa tengah melepak, sempatla berbual dengan Puan Hanim. ahhhh....natsukashi dayou ne XDDD
Memang rindu la kawan2 sekalian.

Memandangkan hari nie aku sebenarnya x ada kelas, so lepas online aku terus balik. Maka berakhirlah kisah aku di fakulti pendidikan pada hari ini. Sekian.

p/s: x sabar nak konvo ngan kawan2.

Friday, May 27, 2011

friends

Assalamualaikum

Dah seminggu lebih aku meninggalkan UTM
banyak kenangan tercipta bersama kawan-kawan
yang manis, yang pahit, semuanya akan jadi kenangan
jadi hari ini, aku mahu dedicate entry kali ini untuk teman-teman

1-dekat chocolate fair
2(kanan) - before nak fly ke Osaka=DDD
3- assignment mak cik lijah (keusahawanan)
4- dinner faculty! me with mina, lily and andi

1- classmates SSC 2 masa camping di Gunung Senyum
2 (kanan)- dinner faculty, me with Shaira and Aini
3- posing di Gunung Senyum=)
4-bergambar bersama lec, Puan Hanim *x nampak pulak Pn Hanim kat belakang*

Buat kawan-kawan, good luck dalam job hunting, yang nak further study atau yang nak goyang kaki je kat rumah tunggu putera raja masuk meminang. hahaha.
Apa-apa pun, glad to know you all. X kisah la perkenalan tu kejap ke, dah lama ke. Im grateful ^^

Jya minna=DDD

p/s: kalau ada reunion 5 tahun akan datang, inform2 lah yer=DDD

Sunday, May 8, 2011

oh Viva~

Assalamualaikum~

Penulis kini berada dalam keadaan menggelabah.....
hampir tiba masanya presentation PSM
my turn will be this Tuesday...honestly, sangat kuciwa coz dapat hari Selasa
if POSSIBLE, i want this nerve-wrecking feeling cepat2 terhapus dalam kalbuku
huhuhu.....
Present hari Selasa, tapi berdebar-debar nyer bukan main lama
patut presentation hari Selasa, biar Selasa pagi lah berdebar-debar
moga2 Allah permudahkan semua students yang akan Viva minggu nie
insyaAllah

aku tepon mama, cakap sal perkembangan presentation nie
then ngadu yang aku memang takoooot sangat2.....cuak and x confident x yah cakapla
then mama said " dah present kat Jepun mana takkan takut lagi?"
hehehe.....of course!!! Jepun ngan Malaysia lain
kalau kat Jepun, wat salah suka hati jer
kat Malaysia, kena jaga....x bley x bley *geleng2 kepala*

so kesimpulannya, PRACTICE MAKES PERFECT
nie practice depan laptop pown tergagap lagi....haila....

p/s: GO GO!!!! IKERU (i can do it)

p/s/s: x sabar malam Selasa di mana bebanan yang ditanggung ini akan terbang di bawa angin....fuuuuu~~~

Wednesday, April 13, 2011

Malu~

Assalamualaikum

Nak amik feeling menulis proceeding, kita mengarut lam blog dulu=D
Tadi lam kul 9++ am, aku balik ke bilik as faculty tetiba blackout.
Sementelah kerja untuk hari ne da siap, tinggal esok sehari lagi nak buat IR *InsyaALLAH*
moga2 dapat disiapkan jugak
THEN.....
aku pown singgah kat Arked Meranti, as usual nak beli lunch and maybe untuk dinner jugak
so hari nie, perasaan nak makan meluap2. Kat fakulti, aku da beli chicken ball 2 lidi + sotong ball satu lidi
Kat meranti pulak, aku gi beli nasi goreng dengan ayam goreng
PASTUE aku gi mintak pulak kat makcik cafe LAKSAM bungkus satu
hahaha...wat lunch aku....cam da lama tak makan laksam.
Bila la last time aku balik Terengganu ea? Kat PD kompem2 da tader LAKSAM segala bagai^^

As the story develops......
Aku pown beli air milo ice feveret kat kedai air yang aku slalu pergi
Ada la abang tue tanya, nak air apa. Aku pown cakap la milo bungkus
Then, ada pulak abang yang lain - let say abang nie no 2- tanya nak air apa.
Aku pown tunjuk la da ada orang yang buat
Then dia tanya air apa, aku cakap milo bungkus
Abang 2 pown cakap milo ais la.
Pastue dia cepat2 ambik plastik yang ada ice, letak milo lam tue.
Time tue aku da heran, kenapa abang 2 buat air lain?
Rupa2nya abang 1 nie buat tea ice....haila.....patutla lama semacam je aku tunggu.
Sedangkan ada 3 brother kat situ....
Abang 2 -orang baru- pown hulurla milo yang aku tunggu2 tue.
Masa aku nak amik air tue, tali yang terikat pada plastik milo ice aku pown terurai
Menyebabkan milo ice aku jatuh terhempap pada lantai
Dan membasahkan seluar aku...
MY GOD!!!! MEMALUKAN
Time tue, aku dapat rasa sumer orang tengok kat aku.....
huuuuuu....
bunyi air jatuh time tue, KUAT SANGAT2
rasa cam nak lari je time tue.....
HAILA....
terbantut aku nak gi kedai lain pastue.....

begitulah cerita aku
sekian~

Friday, April 1, 2011

PSM oh...PSM

Assalamualaikum^^

Alhamdulillah, setelah hampir setahun gagal untuk mendapatkan bentuk product yang aku nak a.k.a film a.k.a mcm plastik bentuknya, beberapa hari yang lepas aku dapat taw apa BIG MISTAKE yang telah aku buat sehingga menggagalkan aku mendapatkan bentuk yang diidamkan.
Aku bercakap dengan Bong, my PSM partner sal progress projek kami. Macam2 yang kami bincang, Sodium hydroxide (NaOH) habisla, drop satu variable iaitu autoclaving time la sebab ada masalah teknikal, pressure KBr yang rosak tak dibaiki2 setelah hampir sebulan lebih da berkarat kat bilik IR dan macam2 lagi. Then he said to me yang dia buat starting material dia lam bentuk powder, sama macam aku. Time tue da sentap. POWDER? Dia cakap dia run product dia bawah tap water lame2, akhirnya dapat bentuk film tue. Dat time, aku realized kesalahan besar aku, that is aku tak cuci produk aku betul2.
OMG!!!!dat time, aku rasa nak aje aku buat yang baru, tapi mengenangkan ada kelas BIOTECH pas tue, aku pown postponed dulu la. Abes jer kelas, terus aku masok lab, then aku cuci product aku. And guess what! memang menjadi!!!!
rasa nak hantuk aje kepala kat meja.....apa la yang aku buat selama hampir setahon kat lab....hadoyai...okay, enuf with method sumernya.
Then, petang semalam, aku gi jenguk supervisor aku, nak mintak pendapat sal NaOH yang da habes ne. Sambil2 tue update progress PSM yeah, dat time i was the happiest woman alive....kehkehkeh....
so bila aku da start story Dr pown cakap "at least you learn something"....huuuu...arigatou Dr...im so happy to hear that=D
Then, aku cakap kat Dr kitaorang kena antar abstract pada 20 April nie, Dr pown cakap "penulisan je tue kan, x pe, boleh buat" uwaaaaa....seriously aku nak nangis time tue....yela, aku skang dalam mode gelabah sebab baru nak dapat product, IR tak wat lagi....sempat ke tak aku hantar, tapi dengan support Dr, insyaAllah i'll make it. InsyaAllah.

so harapnya, i can make it by the time. with God's will. InsyaAllah. Pray for me kay=D

Friday, March 11, 2011

Berani Buat Berani Tanggung

Assalamualaikum~

Hari nie, kita cakap sal risiko-risiko atas tindakan kita
Biasanya, kita akan pikir dulu apa yang kita akan buat
Tapi, aku, buat dulu baru pikir...kehkehkeh.....
nak wat caner, buat ikut perasaan
Dulu masa muda-muda dulu skang nie pown muda lagi
Aku tak kesah, suka ati jer nak wat pape
Biarlah kesan buruk mungkin ada, tapi who cares!
Sekarang, lepas da masuk umo 21 tahun nie
banyak berfikir pulak.....
kadang2, honestly i missed my old me....
free jer, tak takut consequences. tapi skang, semua benda jadi takot nak buat
sampai at some points, boleh hilang confidence
i doubted myself
bila da rasa macam2, makan asam garamla katakan
membuatkan kita berfikir sebelum bertindak.

yet.....
kadang2 aku pown heran ngan diri sendiri
kejap berani kejap tak berani....
pape pown la kan.....tak yah cakap sal self-esteem yadda yadda yadda
kita cakap sal berani buat berani tanggungla~
alkisahnya begini, hari Selasa baru2 nie, aku kuar ke Sri Puteri dengan members la. Memang dah tetapkan dalam diri, aku nak balik Jumaat nie, pagi....semalaman aku pikir nak ke tak pergi kelas biotech....rasanya lau kelas lain, selamber jer aku skip^^...dont try this at home=p....tapi sebabkan kelas biotech aku jadi risau jugakla....kenapa aku wisau, tak yah citerla....hal dalaman=p
tapi....aku da nekad, nak balik pagi gak...sebab kelas biotech petang, start kol 3 sampai kul 5. time tue ada presentation 2 groups. lau nak balik lepas kelas, kompem tengah malam sampai Seremban. Alang2 nak balik, balik bio puas hati...hehehe....so akhirnya aku belila tiket balik Seremban kul 10.30 pagi hari Jumaat nie.
Then, lepas dua tiga hari aku beli, ramai yang cakap classmates biotech ramai yang balik. makanya kompem kelas tue akan kosong hari Jumaat.
mula2 dengar tue, aku wat tak kesah je....peduli apa...aku nak balik jugak...tapi bila dah dua tiga orang cakap gitue, lama2 rasa cuak tue menebal....hahaha....
tak cuak caner, lecturer tue perasaan kowt sape ada sape tader.....haila.....
terpikir jugakla, betul tak tindakan aku ne...kehkehkeh.....
last2 aku malas nak serabutkan kepala, aku cakap pada diri aku " yang tue kita pikir kendianla....lau kena nasib la, lau tak kena pown nasibla"
yang penting da rasa serabut sangat dok kat UTM lelame....

papepown, kat sini nah stresskan bahawasanya kalau rasa2 takut nak tanggung risiko kendian hari, jangan buat benda yang orang larang.....lau terjadi pape, cam kena marah ke, blame urself la.....sebab diri sendiri yang bersalah....un un *nods*

p/s: cannot wait to go home.....i miss my family sooooo much =D