Malam tadi, lepas dah siap menulis entry yang sebelum ni, aku masuk tidur. nak dijadikan cerita, apa yang aku tulis dalam entry tu bermain balik dalam mimpi, tapi dalam versi yang lebih nasty =P
Begini kisahnya.....
Dalam mimpi aku, aku ditawarkan sambung belajar di tingkatan 6 di MRSM (wat de? MRSM ada tingkatan 6?). So dah settle semua hal, aku kena masuk kelas. Nak dijadikan cerita, hari pertama kami di sana, kitaorang dah kena marah dengan cikgu yang paling garang yang pernah aku kenal dalam seumur hidup aku. Serba-serbi yang kami buat tak kena, mesti kena marah. Tidak dapat menanggung kesusahan hidup di sana, aku mengadu pada ayah aku yang kebetulan masih lagi berada di situ (errr, x balik rumah gamaknya). Aku ingat apa yang aku bagitahu pada ayah aku, "Abah, kakak dah tak sanggup nak duduk sini. Boleh tak kakak nak balik rumah?" sambil menangis. LOL
Then mimpi aku aku melompat. Aku berada di kawasan rumah kami di PD. Nak dijadikan cerita, aku dengan seorang wanita yang aku tak kenali menaiki sebuah motorsikal, sedang meneliti paip air di kawasan perumahan tersebut. Lepas satu-satu kami check. Rupa-rupanya kami dikehendaki mencari kod untuk deactivate bomb. LOL. Ala-ala Running Man gitu. Setiap mission ada masa yang diberikan. Dan, kesudahannya kami gagal mencari kod yang diberikan. Tiba-tiba ada seorang lelaki dengan sniper (aura orang jahat) datang ke arah kami lalu menembak kami, tetapi satu tembakan pun tidak mengena. Namun, bangunan di kawasan perumahan kami musnah ditembak oleh sniper (errrkkkkk).
Sampai situ sahaja aku ingat mimpi aku.
Bila aku fikir balik, somehow aku rasa mimpi aku macam meluahkan apa yang benar-benar apa yang aku rasa sekarang. Hohoho. If you can catch the meaning la......Tapi walau apa pun, I wont stop now! I want to finish what I started, so please pray for me.
p/s: Baru lepas gayut ngan Kak Cik, she cried.....Membuatkan aku ingin pulang ke rumah sekarang! I WANT TO GO HOME!!!!
No comments:
Post a Comment