Sunday, May 27, 2012

suara hati seorang anak dan kakak

Assalamualaikum

Sambil menulis entry ni, sambil dengar lagu Tohoshinki 'Bright'. Walaupun lagu ni dalam Japanese, rasa sayu tetap terasa *ada kaitan?*

Hari ni, adik perempuan aku Kak Cik, Mama dengan Abah akan bertolak ke Sarawak untuk pendaftaran kak cik ke UNIMAS. Alhamdulillah, dia dapat buat asasi selama setahun di sana. Sudah tentu, orang yang paling gembira ialah parents kami. Teringat masa aku called abah untuk inform pasal kemasukan ke UNIMAS, bukan main gembira lagi suara abah. Hohoho. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rahmat ini.

Bila difikirkan balik, antara 8 adik-beradik, kak cik selalu dapat tempat yang aku namakan sebagai "PELIK". Pelik bukanla WEIRD tapi pelik dari segi tempat dia ditawarkan belajar. Contohnya selepas UPSR, dengan result dia, alhamdulillah dia ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh (SBP). Tetapi yang dahsyatnya, dia dapat di Pekan, Pahang. Pada waktu itu kami sekeluarga menetap di Kelantan, aku dan 2 adik lelaki aku belajar di Terengganu. Nampak tak betapa jauhnya dia kena merantau.

Kemudian, kak di (muda dua tahun dari kak cik) dapat tawaran naik tingkatan 1 ke MRSM Terendak, Melaka, ketika itu, kami dalam proses berpindah ke Posrt Dickson, Negeri Sembilan. Manakala aku tercampak ke Johor, dua adik lelaki aku dapat sambung belajar di KL. Jadi bila family aku berpindah ke PD kita dapat lihat family aku 'berpusat' di pantai barat (kecuali aku yang jauh ke selatan). Tetapi, kak cik tetap setia di Pekan sehingga ke tingkatan 5. Maka berulang-alikla kami sekeluarga dari Kuala Lumpur ke Melaka ke Port Dickson ke Pekan ke Terengganu and vice versa.

Dan bermula esok, kak cik akan mendaftar di UNIMAS, Sarawak sebagai pelajar asasi selama setahun. Maka di sini aku simpulkan sekali lagi bahawasanya kak cik tercampak jauh ke Sarawak, sedangkan kami masih di pantai barat =P 

Pada aku, memang agak pelik dia dapat di Sarawak, no one expect she is gonna live there. Aku honestly nak adik aku dapat di Johor, sama-sama tercampak dengan aku. Tapi rezeki dia di sana, siapalah kita nak menolak kan? huhuhu.....

Tapi sayang, hari ni kesemua adik-beradik aku except aku sebagai anak sulung menghantar kak cik ke airport. Sedih tau tak? Dahla tengah tension dengan assessment yang akan datang (aku ada 3 presentation dalam masa dua minggu). Nak tak nak, aku menahan diri dari balik ke rumah minggu ini sehingga dua minggu lagi. Sedih sangat, sebab next time bila aku balik rumah, tinggal adik bongsu aku je. Takkan nak main dengan dia? Sebenarnya boleh je, tapi homework dia lebih diutamakan daripada keinginan seorang kakak yang mahu bermain dengan adik-adiknya. LOL. Bila kira-kira, kitaorang lapan beradik dapat berkumpul ramai-ramai semula bila nak dekat raya which is two months away! Tu aje! Sedih betul.

Kalau ikutkan, aku sebenarnya tak berapa setuju dengan sistem semester break yang baru ni (walaupun aku students research, i still have my semester break okay ;P). Mana taknya, kalau dulu, budak-budak sekolah cuti, budak universiti mesti cuti. Kalau ikutkan sistem lama, sekarang ni kitaorang da start cuti taw! Tapi sejak pakai sistem baru ni, cuti kitaorang start bulan 6 ni. Tu pun tengah-tengah di mana cuti sekolah dah pun berakhir. Habis, masa bila kitaorang boleh berkumpul sekeluarga? *selfish* indeed I am! Emo sebab tak dapat balik. Rasanya kalau pakai sistem lama, kitaorang nyer assessment dah lama lepas!? *im not blaming the assessment, in fact im blaming the pertukaran sistem semester break* Let me be honest, I hate it! Selalu sangat tak dapat balik bila dorang semua berkumpul di rumah.

Tapi asyik kalau-kalau, it wont gonna change anything, right? Aku tak faham kenapa sistem semester break ni kena ubah. Apa masalah pakai sistem lama? Siapa-siapa yang tahu silalah share ye because I honestly dont know about it.

Dahla, malas da nak tulis panjang-panjang. Introduction proposal aku pun tak panjang macam ni. tulis panjang-panjang banyak lagi ketidakpuashatian aku pada sistem baru ni. grrrrr.....

Dear kak cik,
Tahniah dapat masuk UNIMAS. Make sure hargai peluang yang ada, dan buat yang terbaik. Jaga diri sepanjang berada di Sarawak, jangan lupa solat, jangan lupa untuk selalu kol mama dengan abah, dan yang penting, bawak balik khazanah sarawak ye. Gurau je! Kakak doakan you berjaya dunia dan akhirat, be a good daughter untuk mama dan abah, dan tunjukkan bahawa berada di Sarawak tidak menghalang kak cik dari selalu balik rumah....kekekekeke.....Next time kakak balik rumah, Im gonna miss moments kita tengok Running Man sama-sama, gelak jahat sesama, dan kakak akan rindukan masa mengarah kak cik buat kerja rumah. Now I have to do it alone !______! selalulah balik "Malaysia" ea.

p/s: Ada budak tu excited dapat fly "oversea". Ye lah, over the sea!
p/s/s: Hitori jyanai !______!
p/s/s/s: can I cry now?

No comments: