Habis sudah minggu assessment buat pelajar postgraduate Jabatan Kimia. Minggu yang stress, memenatkan dan menakutkan, tetapi alhamdulillah, so far aku dengar semua orang okay. Memandangkan assessment dah lepas, ramailah yang pulang ke rumah, mencari ketenangan jauh dari kesibukan di UTM
Tapi, aku masih berada di UTM,
Tujuan kami join conference ini adalah untuk 'membentangkan' poster hasil kajian makmal kami.
Cukup untuk pengenalan semua as aku pun malas nak cerita panjang untuk bab tersebut. Sebenarnya sepanjang aku duduk UTM, ini first time aku pergi conference. First step poster presentation dahulu, x lama lepas ni nanti SV soh pergi oral presentation *gulp*. Biasalah, first timer, tak tahu sebenarnya nak buat apa. Sepanjang separuh hari aku berada di sana, somehow aura intellect memancar-mancar. Ada orang kenamaan, pensyarah-pensyarah yang mahir dalam bidang masing-masing. It is a good thing, berada dalam kalangan orang berilmu, akan membuatkan kita menjadi seorang yang sukakan ilmu *hopefully*.
Then, masa Lunch, memang aku cakap superb. Berbaloi bayar mahal-mahal. Makan dengan etiquette yang kita belajar masa undergraduate. You have to learn how to have proper table manner.Bila makan, terdetik dalam hati aku, macam ni lah aku nanti bila jadi lecturer. You will attend program macam ni, kena makan macam ni and so on, which is bagi aku quite scary =D
Then, petang tadi, lab partner tanya apa tujuan datang conference? Soalan tu buat aku berfikir sepanjang hari. Ye lah, apa purpose aku datang conference? Adakah semata-mata kerana SV suruh? Atau mahu menambah ilmu? Atau ingin menambah network? Dan sampai sekarang aku tak ada jawapan.
Tipulah bila aku cakap aku datang nak tambah ilmu bilamana before hari ni aku tak ada idea langsung macam mana conference dijalankan. Dalam kepala aku sebab SV suruh je....huhuhu....maunya kena siku... Jadi selepas hari ni, berusahalah untuk tukar niat tu ya *ingatan kepada diri sendiri*
Apa yang aku perhatikan, sepanjang conference ini dijalankan, kita kena tahu nak communicate dengan orang lain. Waktu macam inilah nama-nama besar dalam industri hadir, so waktu-waktu macam inilah kena belajar untuk mempromosikan diri, mengukuhkan kabel network kita. Tapi apa yang aku buat, berada di satu kelompok dan satu kelompok sepanjang-panjang hari. Entahla, I am not good at starting the conversation to begin with. I would rather stay silent all day than trying to talk to people. Hohoho. Horrible attitude. Bukan tak pernah berubah, aku pernah try tapi at the end balik kepada attitude lama~
Dan......sepanjang hari ni, aku asyik fikir, this kind of world, attending conference etc.... is this what I really wanted? hurm.....I have no answer for that question.
p/s: Counting the day to go home. Bila lah agaknya?
No comments:
Post a Comment