Tuesday, April 3, 2012

UTMost 2012.suka dan duka.

Assalamualaikum

Apa khabar anda semua? Lama x update story baru. Semenjak dua menjak ni memang agak busy. sampai hilang 2 kg! ngahahahaha nak jugak bagitahu

OK. apa yang busy nya? Dari 29 March sehingga 1 April telah berlangsungnya UTMost Imagination, Innovation and Creativity Festival. Kali ini, aku berpeluang untuk join karnival ni mewakili Jabatan Kimia Fakulti Sains untuk menjaga booth kami sepanjang 4 hari berlangsungnya festival ini. Penatnya hanya Allah je yang tahu. Tidur dahla lambat *sebab aku ea, bukan UTMost* bangun nak awal. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua members yang terdiri daripada 12 orang, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sambutan untuk UTMost ni agak menggalakkan, ramai pengunjung hadir memeriahkan program UTM kali ini. Kalau ada yang tak tahu, hari Jumaat bersamaan 30 March 2012, MHI telah datang ke bumi UTM untuk membuat liputan. Memandangkan aku dan sorang lagi member lab partner aku ada kelas, x dapat la nak tengok apa yang berlaku.

Memandangkan aku malas nak cerita panjang2, aku bagi tengok gambar aje la.....

Us~
Antara benda yang aku tak boleh lupa sepanjang berlangsungnya program ni, ada suatu hari tu, masa tu shift aku. So as usual aku akan jaga part aku Magic Ink (color hilang) dan sometimes Magic Pitcher (tukar-tukar color). Dua2 part ni, budak2 sangat suka. Bila kitaorang dah siap tunjuk, dorang akan tepuk tangan dan sebut  "magic" tho obviously ianya Sains. LOL. Tengok budak2 tu suka, gembira je rasa!

Tetapi, pada masa yang aku kena jaga, datanglah seorang pak cik ni, dia tanya la ni apa (referred to Magic Ink) aku pown cakap la "jemput cuba". Bila dia dah cuba, aku explain la apa yang berlaku. Lepas dah siap explain, pakcik tu cakap " tu aje. X seronok pun.... some sort of like that". masa aku dengar tu, senyum kambing je la. Berasap tu tak yah cakap la. Petang tu, aku cerita kat member2 sal kejadian tu, then sorang member aku cakap, dia pun kena jugak. Aku x ingat untuk experiment mana yang kawan aku kena, tapi pakcik tu cakap lebih kurang macam ni, "yang tu saya pun boleh buat"....so masa aku tahu, of coursela berasapla kami yang mendengarnya. Bila dah dengar macam tu, agak kecewala jugak. Tapi bila difikirkan balik, bagi orang2 dewasa macam pakcik tu mungkin membosankan kot, tapi budak2 suka. So on the next day, kitaorang buat Magic Ink tu try pada pengunjung nyer baju. Baru thrilled sikit. Alhamdulillah, dengan comment pakcik tu, kitaorang improvised apa yang sepatutnya. Walaupun marah, tetapi terima. Thanks pakcik!
Dan, honestly, masa dengar apa yang pakcik tu cakap, agak downla jugak, tapi bila ingat2 balik budak2 yang suka tengok experiment kitaorang, aku jadi bersemangat balik. Terima je, jangan kerana seseorang, orang lain yang kena tempias aku yang emo. hohoho.

Tu je la nak cerita. matta ne ^^

p/s: sori gambar x banyak, sangat sibuk sampai x sempat nak bergambar ^^

No comments: