Friday, November 26, 2010

exam is finally over!

Assalamualaikum=D

Minna!!!! ogenki desu ka?
Sekarang da boleh bernafas dengan lega~penantian satu penyeksaan....ciiiwah^^
Final exam pown da abes~ bolehla nak fokus pada Osaka...huhu....tinggal 2 minggu lagi....actually seminggu lagi, tapi sengaja kira lambat2, barula sabar^^


 Im soooo cannot wait that



Okay, tak nak citer sal Osaka...
just ramblings


masa untuk berlalu..jya....













p/s: arent those moving avatar cute??they are so hard to ignore XDD sebabkan mereka, aku lupa nak post apa...hihihi

Monday, November 22, 2010

trial

i found this!
sugoi!!!! cho ureshi
finally!!!
kawaii desu yo ne XDD
and they are moving too!!!
yay!!!

nanti bila ada masa, aku nak blaja mengadjust these smileys supaya berada di kedudukan yang aku nak^^

jya~matta ne

exam=p

Assalamualaikum~

Maka esok, bermula exam bagi sesi kedua~after raya
takut rasanya
coz esok ada dua paper
and both yang killer nyer subject
paper untuk esok
1) Environmental Chemistry
2) Surface and Colloid
yang aku paling takut subjek Suface and Colloid~ pening nak jawab soalan yang banyak plus 3 jam masa peperiksaan.....yang paling menakutkan subjek ne sebab aku kena banyak hafal....ye la, da tak faham, hafal aje la...wuuu...^^

dan, 26hb ne ada final paper! YATTA!
subjek Forecnsic Science~this is my favourite subject

harap2 semuanya dipermudahkan...dan aku ingat apa yang aku dah studi slama ne....
InsyaAllah=D

jya~matta ne^^

Saturday, November 20, 2010

konvo + naik pangkat

nie mungkin terlalu awal untuk wish
tetapi...
sementara masih ada masa dan masih teringat

untuk my beloved Mama
Congratulations for your graduation
and tak lupa jugak Che aka Madam Hasmah Abas
my aunt
kerana bakal menerima ijazah dalam bidang pendidikan@perguruan
di PWTC esok^^
yang sedeynya i couldnt join them tomorrow kerana 2 papers kena sit pada hari Selasa ne
sob sob
yang pastinya tahun depan depa nek gaji^^ shopping shopping=D

and and
Congratulation to my beloved Abah
untuk naik pangkat
yang rasanya pertabalan tue hari Isnin ne kalu tak silap
daripada pangkat Mejar kepada Leftenen Kolonel aka Leftenen Kenel
im not sure how to spell it =p
hehe...bila naik pangkat, naikla jugak gajinya
tho im not sure berapa sebenarnya gaji abah and mama
tahu mintak jer

Alhamdulillah, rezeki buat kami sekeluarga
syukur pada-Mu Ya Allah.
semoga Allah merahmati kami sekeluarga =D

p/s:besnyer kalu ada smiley yang bole gerak2 just like my journal...it will be more fun to write XDD

new style~

yay!!!
mencuba style baru for posting
thanks to my beloved kazen...Nurul Eeffah SENSEI
for teaching me to post entry from old style to this new style
pas ne bole la nak jadi sarkastik sedikit^^

okay....masa untuk sambung tido study
jya...matte ne XDD

p/s:suda kembali ke UTM terchenta...gonna miss home and PD
owh...and as usual...any sponsor???

Thursday, November 18, 2010

Port Dickson

2326 18/11/10 Thursday

Assalamualaikum~

Hari ne, kami sekeluarga ada majlis qurban dekat PD, tempat abah bekerja
As usual, kitaorang yang muda ne bukan wat kerja...huhu...actually, nak buat jugak, cam potong sayur ker, kupas bawang ker, tapi makcik2 conquer sumer...so kitaorang melihat2 ajer=p
okay, im not going to talk about this, but i wanna share something, which i think VERY IMPORTANT TO ME...huhu
first of all, congratz to abah sebab naik pangkat kepada Leftenen Kolenel (mcm ne ke ejaan dia??)
alhamdulillah, Thank You Allah=D
after 16 years dengan pangkat Mejar....and next year we're going to move to PD...YAY!!! I LOVE PD XDDD
yes! dalam pertengahan bulan 12 ne, barang akan diangkut dari Kok Lanas ke PD...well tak banyak barang coz da ada umah sendiri kat Padang Luas, so bawak barang yang simpan kat Kok Lanas jer=D
and petang tadi, after majlis qurban tu abes, kitaorang round robin round PD....antara tempat yang kitaorang pergi ialah rumah lama kami kat Quarters Tentera...tengok bakal umah baru kami*x baru pown, quarters lama^^*
kitaorang tengok rumah yang pernah kitaorang duduk masa aku lam darjah 2...haha...teringat kenangan dulu2....well, masa kecik2 aku n adik2 agak nakal, suka main kat luar umah...antaranya Istana Takeshi, pergi haunted house yang x haunted pown, and yang paling dorang ingat, AKU KENA TEMBAK NGAN ANAK UNCLE NORDIN, Amin! ceit!! yang tue gak dorang ingat~~~fufufu
sakit ow...kena tembak...hahaha....tapi banyak kenangan kat umah tue...sebab tue aku suka dok PD, tapi ya la...everything is different now....I MISS MY CHILDHOOD FRIENDS AND MEMORIES THERE=D
pastue, abah bawak kitaorang ke sekolah lama dulu...SK Panglima Adnan...sekolah aku masa darjah dua dan tiga...kitaorang gi skolah naik truck askar...haha...best!! pengalaman yang tak sumer orang ada =D
then, pas Asar, kitaorang mandi pantai kat Tanjung Biru, dekat ngan kem abah aku kerja....pantai dia bole tahan, air dalam...yang sedey, aku tak mandi...malas nak tukar baju~~~
yang best kat pantai tue, dorang ader service Banana Boat and Drift....waaa....aku nak men!!! tapi baju tak bawak *menyesal2*
walaupun abah tak kasi kitaorang main banana boat*dengan alasan mahal* tapi actually abah nak main gak...sebab abah asyik tengok jer masa bot tue lalu.....wahahaha
kesimpulannya nak gi pantai bawak baju extra walaupon tak main XDDD

thats all for today~ponat but Im happy...tomorrow kena gi Johor and balik college...im gonna miss home~Jertih

p/s: PD, wait for me...I will come and explore XDDDD

Monday, November 1, 2010

sponsor

2031 1/11/10 monday

Assalamualaikum

2 hari ne, memang tak lekat kat bilik...merantau jer mencari duit...
sabtu baru2 ne, gi area JB yg aku tak pernah pergi termasuk Larkin and Bukit Indah, gi serang kedai2 kaya yang boley bagi duit on the spot....kitaorang 15 orang dipecahkan kepada 3 grup, maknanya 5 orang satu grup..grup2 len gi serang area Pasir Gudang and so on...kitaorang stat bertolak kul 9.30 pg...and pulang ke bilik kul 9.30 malam.. grup aku termasukla fadhil, lokman (budak berdua ne dak chemical eng, bukan dak fac kitaorang) fiqah and nad...Nad, owner of the car and jugak kepala kitaorang ritue and jugak vice director program kitaorang.Thanks to Nad sebab drive kan kitaorang sampai lenguh2 satu badan, and jugak blanje lunch=D arigatoo gozaimasu XD so mcm2 la kitaorang kena lalui...antaranya "maaf, bos tak ada", "bisnes tadak baik la", "u pergi tanya orang depan, dia boss" and bila tanya "maaf, saya pekerja sahaja".....hampeh....yang tue memang tak ley bla...geram kowt....
tapi ada mak cik singh kowt, kitaorang cakap kitaorang akan datang balik untuk bagi resit, dia cakap, tak ape, datang bila2, saya percaya sama kitaorang...baik betul...
and nak dijadikan citer, kitaorang minx kat kedai rawatan hydrotheraphy area tampoi nu, kat angsana, assistant dr cakap dr free lepas sejam, so kitaorang tinggalkan la paperwork kat sana...after solat asar, kitaorang datang balik....masa kitaorang tunggu dr tue siap kerja dia, kitaorang tunggula...time tue ada patients tengah tunggu gak...dorang bertiga....sorang pesakit dengan 2 orang peneman, rasanya family pesakit tue kowt....then salah sorang family pesakit tue pown nyanyi depan kitaorang...tak ingat lagu apa, ala2 zaman p ramlee la kowt...dia cakap dia selalu dengar lagu nie kat singapore...orang ne orang singapore...jauh datang berubat...then si lokman and fadhil ne cakapla sinar(maybe) orang tue cam tercengang...tataw kot....masa orang tue tengah nyanyi, assistant tue panggil kitaorang....serba salah, nak bangun dengan tak nak coz orang tue asyik nyanyi...pastue dia nampak kitaorang bangun, dia pown berenti nyanyi....bincang punya bincang ngan assistant tue, then dapatla sumbangan. RM 50, besarla jugak...kitaorang pown tak expect banyak coz ye la, daripada tak dapat...then orang tue tanya apa yang kitaorang buat kat pusat rawatan tue, kitaorang pown explainla nape...nak dipendekkan citer yang da nak abes ne, dorang bagi RM 100 plus 10 dollar Singapore....Alhamdulillah, Allah jer tahu betapa hepinya kitaorang...dorang sangat baik...
so seharian mencari duit, kitaorang dapatla lam RM 300 dengan 10 singapore dollar...haha...lawak betui...

then, the next day, petang tue aku bertolak ke Melaka, singgah umah ayah sedara aku kat Melaka, ayah De....dia soh tido umah dia...kebetulan aku nak gi Yayasan Melaka nak tahu sal permohonan aku minx sumbangan...alhamdulillah, dato' tue luluskan RM 500, tapi kena process dulu...so kena tunggu seminggu dua lagi la....harap2 dapat....sangat besar harapan aku agar dapat RM 500 tue....

and terima kasih kat ayah de and family coz let me stay overnight...dahla umah baru, cantik, bau perabot pown tak hilang lagi...huhu....neway, sempat main ngan adik sepupu baru lahir...wape bulan ea????lupa nak tanya...comey jer....and dapat gak main ngan maisarah and muiz....tak sempat nak jumpa asyraff, dia skolah time aku nak pergi...im gonna miss them, especially si muiz tue...huhu...pandai dia layan orang*mana taknya, mulut manis....ada gaya playboy pown ada* huhu...sori2.....tapi siyes, si muiz ni kalu dengan ngan pompuan, lain macam jer....baru tadika kowt=D hahaha

that's all for today...walaupun penat cari sponsor, tapi aku gembira coz baru kita taw mcm mana perangai orang bila students universiti minx wat collaboration....pengalaman yang sangat berharga, dan tak akan dapat bila da kerja....at the end of the day, pengalaman nie akan membantu aku bila kerja nanti...duit boleh cari, tapi pengalaman, kita yang kena laluinya...
im happy that i join this program=D

p/s: sponsor, anyone???

Wednesday, October 27, 2010

artikel facebook# diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Monday, October 25, 2010

temuduga

dicopy dan dipaste daripada

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kerjaya/1022-tip-lulus-temu-duga-sektor-swasta.html

Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal tetapi juga di hati dan melalui tingkah laku.

Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisik kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya."

Tip Pertama: Tujuan

Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara pertama yang perlu ada sebelum kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat.

Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu ibadat.

Jadi, pastikan kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mak ayah.

Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?

Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya. Orang kata add value.

Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.

Mana tahu nanti anda akan mengganti Ban Ki Moon selaku Setiausaha Agung PBB?

Allah suruh kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.

Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan

01.Berfikiran Positif

Sekiranya kita mengakui kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... smart.

02.Studi Menyeluruh

Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa dan asas perniagaannya, lingkungan produknya dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.

03.Berlatih

Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.

04.Resume

Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.

05.Sekufu

Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.

07.Pakaian

Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebih expert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.

Tip Ketiga: Perkara Asas

Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.

01.Tepati Masa

30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.

02.Jadi Diri Sendiri

Ya, betul kita dah buat studi, berlatih, dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan dan natural.

03.Jujur

Syarikat adalah pembeli, dan kita datang pada hari itu untuk menjual diri. Maka, kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.

04.Be Cool

Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.

05.Bahasa Badan

Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.

Tip keempat: Temu Duga

01.Butiran spesifik.

Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"

02.Pandu Sesi Soal Jawab

Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!

03.Cara Berdalih

Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.

Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.

04.Gaji

Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.

Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.

Wednesday, October 20, 2010

artkel fb#Jodoh ditangan Allah

i found this....dengan niat share semata2....and artikel nie bawak maksud yang sangat mendalam=D

selamat membaca=D

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula

dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama

bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang

curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,

segala perkara yang kita cintai dan sayangi

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

-amekla pengajaran dari citer ini okeh^^-