Sunday, November 13, 2011

i've been tagged^^

Assalamualaikum

Thanks dekat Ziyen sebab tagged aku dalam blog. Jadi sekarang aku curi masa sekejap untuk buat dan ia menyeronokkan. Memandangkan aku malas nak terang panjang lebar so aku proceed ajela^^

sebelum tu meh kita baca rules dia~


[First Step: Rules]
  1. You must post these rules.
  2. Each person must post 11 things about themselves in their Journal.
  3. Answer the questions tagger set for you in their post and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  6. No tag back.!!
  7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU READ THIS!" YOU LEGITIMATE LY (a.k.a really, with all honesty) have tagged 11 people.
[Second Step: 11 Things about me]

1. A-type person...hehehe....

2. Peminat fanatik Jpop, Jdrama and anything related to Japan! termasuk orang Jepun

3. Sekarang tengah buat Masters, tapi masih tercari-cari hala tuju hidup. 

4. Twisted personality....hahaha......maksudnya kejap-kejap boleh jadi cheerful, kejap-kejap boleh jadi serious dalam sekelip mata.

5. Honestly saya seorang pendiam. Tapi kalau dah jumpa "geng" memang susah nak stop bercakap.

6. Pernah pergi Osaka, Japan (antara memori yang paling BEST pernah aku ada), masih lagi berangan nak pergi Jepun lagi. hopefully someday aku dapat jejak sana lagi and at that time aku enjoy sakan la XD

7. Suka baca novel especially english novel, tapi memandangkan keadaan kewangan sekarang yang agak kritikal, hobby ni terpaksa la ditangguhkan seketika.

8. Tak pandai dalam berkata-kata. Sampai kadang-kadang orang tersalah anggap dengan statements kita, so at the end, just let it be. Malas nak explain apa-apa.

9. Im  not a good listener tapi kalau ada orang sudi bercerita aku sudi mendengar. Tapi aku tak boleh tahan dengan orang yang bercakap tak berhenti-henti. Lebih-lebih lagi kalau orang interupt aku bercakap sebelum aku habis cerita. Zettai yurusanai! Pernah jumpa orang macam nie, dua kali aku try to explain something dan dua kali jugak dia potong! hangin!

10. Suka barang-barang warna hitam. Kasut, beg, baju, tudung, anything la

11. Suka tengok orang pakai polaroid bila ambil gambar. Ada sape2 nak sponsor polaroid satu?

[Third Step: Answer the Questions]

1. bilakah anda mau belanja saya makan?please give exact time.(demand tak?haha)
- Bila I nak kahwin, I ajak you all datang. Masa tue kira I belanja makan la kan? ^^ miang semacam

2. apa yang anda akan buat untuk release stress selain makan dan tido?
-Selalunya bila stress, aku memang makan atau tido. Tapi kadang-kadang macam dah tak dek mood sangat nak makan atau tido, kuar window shopping kat Jusco Taman U tak ada tempat lain ke, and end up dengan tershopping sekali =P

3. antara anda dan saya, ada persamaan tak dari segi sikap/personaliti?kalu ada,nyatakan.
-Ada, mestilah ada......Ziyen fanatik korea, saya fanatik Jepun.....hahaha....boleh ambil kira la kan^^

4. tempat yang anda teringin sangat2 nak pegi?bgtau 1 je,ok?
-Dari dulu sampai sekrang, JEPUN!

5.anda rasa hidup anda sekarang bagaimana?ceritakan skit.dlm 2 -3 ayat pon jadilah.
- Dull? Masih tercari-cari hala tuju kehidupan. Am i supposed to do what Im doing now, or should I just follow my seems so far-far-away-dream? Errr........buat-buat tak faham aje la ea! ^^

6. pengalaman/kenangan yang paling anda ingat masa darjah 1?
-Time tu sekolah kat KL dan kena pulak jerebu yang sangat teruk. Yang lain......entahlah.....

7. impian anda yang belum terlaksana?(selain kawen..;p)
- Kawen? of course la bukan sekarang....hahaha.....hurm......jadi translator/ subber (Japanese to English)

8. kalau anda boleh kembali ke masa lalu, perkara apa yang anda mahu ubah?
-There is something, sampai sekarang aku regret, dalam hati cakap this is the only chance yang aku ada, tapi akal cakap biarlah, then finally chance tu dah tak ada. Aku tahu ia something yang aku dah tak boleh ubah, jadi aku dah tak mahu terlalu fikirkannya.

9. hobi terbaru anda?
-Kumpul DVD JDrama. Kat Jusco Taman U ada Speedy Video, aku selalu singgah kat situ, dan tiap kali singgah mesti akan beli satu atau dua atau tiga DVD Jepun tak kiralah aku dah tengok citer tue atau belum^^ 

10. kawen nnti nak buat tema kaler apa?
-Entahla.....tak pernah terfikir pulak. Rasanya semua kaler cantik...depends la kowt, kalau dua-dua belah pihak setuju, aku pown setuju je lah ;P

11. SUKA @ TAK SUKA buat mende tag-tag ni?jujur,ok?
-Ok je, as long as soalan dia simple atau tak pelik-pelik^^

[Fourth Step: My Questions are......]

1. Apa yang korang rasa korang nak ubah dalam diri korang?
2. Pernah ada crush tak sebelum nie? Hehehe.....Pastue ada perkembangan tak terhadap someone yang korang suka/minat? Jujur ea.......
3. Apa blood type korang?
4. Minat cerita melayu tak? boleh bagi contoh? kenapa korang minat tengok citer melayu? Soalan nie tiada tujuan memburuk-burukkan mana-mana industri taw. Ini hanya lah untuk observation semata-mata
5. Antara musim bunga, musim luruh, musim panas, musim sejuk, mana yang paling korang suka? Kenapa?
6. Apa pendapat korang pasal personaliti berdasarkan tarikh lahir, jenis darah, dan sebagainya?
7. Macam mana korang handle orang yang bercakap tak henti-henti sampai korang rasa terganggu nak buat kerja?
8. Apa favorite quote/ line korang? 
9. Korang seorang yang senang menangis? YES or NO!
10. Novel/movie/drama apa yang korang rasa meninggalkan impak paling dalam dalam hati korang?
11. Siapa diri korang 9 tahun (2020) dari sekarang?

*nak fikir soalan pun susah jugak. harap maaf la ye kalau soalan macam hampeh^^

[Last Step: Tag 11 other Person]

Follower aku tak ramai, dan ada jugak kawan-kawan yang dah ditagged Ziyen, so aku tagged mana-mana yang belum aje la ea^^

Chiq
Kak Yah @ Jiha
Angoh Eezzah
Kak Eeffah
Nadira @ Nad
Fara
Ain Zubaidah

kalau ada yang tertinggal, harap maaf ye

p/s: kalau ada masa dan kelapangan sila lah buat ye^^ i'll be waiting~

Tuesday, November 1, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Trip to Korea...anyone?

Assalamualaikum

Semalam ngah sibuk layan facebook, tetiba ternampak satu link pasal trip ke korea
kat sini la aku baca pasal trip ke korea tu~
Lepas baca, apa lagi excited la~tapi banyak benda nak consider...especially fulus
almaklumla kita nie student lagi, tak kerja, so duit tue memang jadi masalah la
xkan nak harapkan mama ngan abah lagi, ni trip gi jenjalan bukan nyer universiti visit
x macam masa pergi Osaka dulu...kompem2 dorang susah nak support
huhu

anyways,trip tue bulan 9 tahun depan, insyaAllah kalau mengikut pengiraan aku yang x berapa betul ni
sempat la nak kumpul duit...sikit-sikit lama-lama jadi bukit =D

memang aku nak pergi, serious nak pergi. Especially time tu autumn, hehe....dah sejuk. aku suka cuaca sejuk. walaupun dalam hati cakap Korea pun Korea la, janji jalan-jalan. Actually kalau trip tue ke Jepun, memang aku x hesitate langsung. Terus setuju...hehe....Tapi x pe la, aku bukan x tengok langsung citer Korea, so lau cakap sikit2 tu tahu la jugak.

Jadi sekarang ni, aku masih dalam process membuat keputusan. Nak pergi ke tak. Duit boleh dicari, tapi sekarang nie kalau boleh nak jugak pergi dengan member2 ke, sepupu ngan mak sedara ke, baru best XDD

owh ya, kalau x silap sape2 yang dah kompem nak pergi kena bayar duit flight awal. Sebabnya dia nak tiket murah plus dia nak orang yang bagi nama betul2 serious. Tapi aku x sure bila dia nak duit tue bila kita da kompemkan kehadiran kita.


p/s: sape2 nak pergi, please tell me kay^^ as long as ada sorang yang aku kenal, aku memang nak pergi =D

p/s/s: Orang nie leh caye ke? hurm.... Pada aku, aku percaya kat abang tue. Tambahan pulak dia nie member group nasyid Devotees. InsyaAllah dia boleh dipercayai. Well, tepuk dada tanya hati ya^^

Tuesday, September 27, 2011

convocation

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam secara officialnya kami bergelar Graduan UTM. hehehe
Malas pulak nak citer banyak2, so tengok gambo je la =Doh! lupa, kami students fakulti sains konvo sesi terakhir iaitu sesi keenam, petang....

teman2 forecast dari kiri: me, mina, ziyen and lela =D

my mom and dad during the convocation day. I miss them already =(

 Emy and me di hadapan masjid. dah keje tuuu.....

Sori la gambo sikit. X sempat nak bergambar banyak. Habis majlis dalam pukul 5 petang, pastue gi wat gambar studio, pastue makan then abah and mama terus balik dalam pukul 7 petang...cepat beno nak balik PD =(

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mama ngan abah atas support dorang selama aku hidup. Tanpa support dari dorang, rasanya aku tak berada di mana aku berada sekarang. Thank you very2 much and I love you so much XDDD

Tak lupa juga pensyarah2 di UTM terutamanya pensyarah2 Fakulti Sains,  dan juga PM Dr Zainoha Zakaria yang merupakan supervisor aku masa degree dan juga untuk masters ni. Tak lupa juga Dr Shajarahtunnur yang merupakan Penasihat Akademik kami selama 3 tahun kami sebagai students di UTM. Moga2 Allah merahmati pensyarah2 kami =D Amin

Lastly, kawan2 masa forecast, masa degree SSC & SSA, JKM KRP dan sebagainya *maaf andai saya terlupa untuk senaraikan* thanks for all memorable experiences sepanjang kita kenal. semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan. Amin. Good luck for future =D
p/s: nanti kawin jangan lupa la ajak ya =D

maka tamatla kehidupan kami sebagai pelajar sarjana muda di UTM. kenangan sepanjang 3 tahun akan kemas tersimpan dalam ingatan. *sebak*
Dan......mohon maaf andai sepanjang perkenalan ada buat terguris hati. sebagai manusia biasa saya tak lari dari melakukan kesilapan. harap dapat dimaafkan.

setakat ini sahaja coretan hari ini. Ada masa insyaAllah saya akan update citer terbaru. Korang pown jangan lupa selalu update citer korang. yang tue je la wat pengubat rindu... *cheeewah*

p/s: teringat masa nyanyi lagu UTM Sanjungan Bangsa. sebak sangat =)

Monday, September 12, 2011

sarjana pendidikan

Assalamualaikum

ohisashiburi *waves*
rasanya dah lama membiarkan blog ni berkulat. hehehe

Mulai 6 september yang lepas, aku kini telah pun bergelar pelajar sarjana di UTM. cam skema lak ayat.
Kalau masa degree dulu aku buat Sarjana Muda Sains Kimia Industri, sekarang aku buat Sarjana Pendidikan (Kimia)....rata2 member yang aku jumpa dekat UTM yang sambung belajar tak sangka aku boleh 'terlepas' daripada Fakulti Sains. hehe. almaklumla, aku ni mana suka sama ngan orang. hahaha.

Hari ni merupakan hari pendaftaran subjek. Nak dikatakan semangatnya aku hari nie, dari KTF aku ngan member keluar pukul 7.30 pg. singgah makan jap kat Meranti. jalan2 sampai fakulti pukul 8.10 macam gitu la. Nak dijadikan cerita aku sesat, x jumpa cari pejabat fakulti pendidikan. Kalau masa wat degree dulu, tak yah cakapla, memang muka aku la yang selalu terpacak dekat pejabat fakulti sains masa pendaftaran wajib. huhu.

Naik turun naik turun tak jumpa jugak pejabat fakulti pendidikan, dah risau dah ni. Nasib baik ada mak cik cleaner, so aku tanyala mak cik tu pejabat kat mana. Berpandukan cerita mak cik tue, akhirnya berjaya jugak aku jumpa. thanks mak cik. Sesampai aje aku kat pejabat fakulti, pejabat baru bukak. apa lagi, jadi orang pertamala aku.

Siap hal fakulti, aku kena pergi pejabat bendahari settle hal yuran etc etc. Masa tu baru pukul 9++ pagi. Aku pun decide nak melepak kat Fakulti Sains. Sampai kat sana, tetiba teringat masa wat degree ngan member2 dulu. Kalau dulu jalan kat fakulti sains kita akan jumpa muka2 yang kita familiar, tapi hari ni aku tengok budak2 baru aje yang ramai. Cam sayu pulak bila dah tak kenal sape2 kat fakulti tue. Tapi masa tengah melepak, sempatla berbual dengan Puan Hanim. ahhhh....natsukashi dayou ne XDDD
Memang rindu la kawan2 sekalian.

Memandangkan hari nie aku sebenarnya x ada kelas, so lepas online aku terus balik. Maka berakhirlah kisah aku di fakulti pendidikan pada hari ini. Sekian.

p/s: x sabar nak konvo ngan kawan2.

Thursday, July 14, 2011

Day 6: 10 Items You Can't Live Without

Assalamualaikum

10 Items You Can't Live Without

1. Tafsir Al-Quranku

2. Okane ;D

3. External Hard disk

4. Laptop dan internet connection (x dapat dipisahkan)

5. Ipod

6. er.....IC?!

7. Lip balm

8. my handphone

9. buku bahasa jepunku..walaupun x baca, tapi mesti kena ada depan mata

10. diary...jeng jeng^^

p/s: berasap kepala pikir apa benda yang penting sampai x boleh hidup tanpanya ^^

Wednesday, July 13, 2011

Day 5: 10 Wishes

Assalamualaikum
Hari ni kita sambung project kita

10 Wishes

1. Jadi muslimah sejati, anak yang bertanggungjawab. InsyaAllah

2. Dapat belajar sampai phd

3. Dapat pergi Jepun, again. This time aku nak travel satu Jepun!

4. Nak belajar bahasa Jepun. Kelas formal

5. Kumpul SEMUA KAT-TUN dvd, cd's, etc

6. Nak bawak family aku semua pergi umrah

7. Borak dengan dia sekali lagi ^^

8. Kuasai bahasa Jepun dan Korea. Bahasa Perancis dengan Mandarin pun nak cuba jugak!

9. Hang out dengan family lebih kerap

10. Bertemu dengan KAT-TUN face to face XDDD

p/s: tak ada idea sudaaaaa......

Monday, July 11, 2011

Day 4: 10 Things You Want To Say To One Person

Assalamualaikum
Sementelah aku bosan, so aku post entry ni lebih awal
Ikhlas dari aku kepada this one special person

10 Things You Want To Say To One Person

malas nak translate kepada BM

1. Rasa macam tak percaya setelah beberapa tahun (kalau x silap 8 tahun) since last time kita jumpa, and then one day, kita jumpa masa kakak awak kahwin

2. At that time, siryes segan giler masa nampak awak.

3. Tapi saya jeles sama adik saya coz he got the chance to talk to you =P

4. Ingat lagi masa kita jadi jiran dekat PD? Awak, abang awak, saya, dan dua orang lagi adik lelaki saya, kita selalu main sama2. Those moments, sampai sekarang saya ingat.

5. Tapi masa dulu, awak SELALU buli saya. Tapi, awak jugak SELALU protect saya. Walaupun nampak kecil dan tak bermakna, tapi bagi saya ia sangat besar dan sangat bermakna! sampai sekarang saya masih tak berkesempatan nak ucap TERIMA KASIH. Terima Kasih banyak-banyak.

6. Will i get the chance to see you again?

7. Hopefully awak dan family selalu bahagia dan dilimpahkan rahmat daripada-Nya

8. Seronok dapat kenal awak dan family awak =D

9. Awak selama-lamanya akan jadi childhood friend yang saya bangga!

10. Saya harap saya dapat sampaikan sendiri face to face daripada tulis dalam blog =(

p/s: sorry aku tak dapat dedahkan siapa orangnya. Demo, kare wa atashi no taisetsuna tomodachi to hatsukoi desu =P zutto^^

Day 3: 10 Things You Hate

10 perkara yang saya benci

1. A liar

2. Smokers

3. Orang yang x hormat orang lain

4. Susu. segala jenis except susu lemak manis =P

5. Spider

6. Orang yang slow terutamanya bila aku nak cepat

7. Sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk yang x dibasuh

8. Orang yang berlagak

9. Mereka2 yang mentertawakan something yang aku suka especially KAT-TUN

10. Tunggu public transport. DAIKIRAI!!!!

p/s: yosha!! ganbarimasu XDD

Sunday, July 10, 2011

Day 2: 10 Things You Love

Assalamualaikum
Sambungan project yang lepas yang tak siap2 *sighs* start rasa malas

10 perkara yang saya suka

1. Semua berkaitan Jepun (lagu, dramas, culture, etc)

2. Laptop and internet

3. My external hard disk ^^

4. KAT-TUN

5. apa lagi ea???? oh....cardigans...especially colour hitam

6. colour hitam. kalau shopping, aku akan pilih barang2 warna hitam dulu. kalau dah tak ada pilihan baru cari warna lain

7. okane??! hehehe....try cari maksudnya ya XDD

8. eto........my iPod

9. wedges =DDD

10. DVD collection...huhuhu

p/s: phew....i thought this one easier..demo......susah jugak nak complet =)